Friday, July 30, 2010

Kelebihan Bersedekah Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua blogger!

Kita mengetahui betapa besarnya pahala puasa Ramadhan. Bayangkan jika kita boleh menambah pahala puasa kita dengan pahala puasa orang lain, maka pahala yang kita raih lebih berlipat lagi. Subhanallah! Dan ini boleh terjadi dengan sedekah, yaitu dengan memberikan hidangan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
من فطر صائما كان له مثل أجره ، غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan shahih”)

Padahal hidangan berbuka puasa sudah cukup dengan tiga butir kurma atau bahkan hanya segelas air, sesuatu yang mudah dan murah untuk diberikan kepada orang lain.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن حسا حسوات من ماء

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berbuka puasa dengan beberapa ruthab (kurma basah), jika tidak ada maka dengan beberapa tamr (kurma kering), jika tidak ada maka dengan beberapa teguk air.” (HR. At Tirmidzi, Ahmad, Abu Daud, dishahihkan Al Albani di Shahih At Tirmidzi, 696)
Betapa Allah Ta’ala sangat pemurah kepada hamba-Nya dengan membuka kesempatan menuai pahala begitu lebarnya di bulan yang penuh barokah ini.

‏اليد العليا خير من اليد السفلى واليد العليا هي المنفقة واليد السفلى هي السائلة

“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033) Selain itu, sifat dermawan jika di tambah lagi dengan tafaqquh fiddin, mempelajari agama dengan baik, sehingga terkumpul dua sifat yaitu alim dan juud (dermawan), akan dicapai kedudukan hamba Allah yang paling tinggi. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إنَّما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ويصل فيه رحمه، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل

“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rizqi oleh Allah serta kepahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyedari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)

Keutamaan Bersedekah
Allah Subhanahu Wa Ta’ala benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Ia menjanjikan banyak keutamaan dan balasan yang menakjubkan bagi orang-orang yang gemar bersedekah. Terdapat ratusan dalil yang menceritakan keberuntungan, keutamaan, kemuliaan orang-orang yang bersedekah. Ibnu Hajar Al Haitami mengumpulkan ratusan hadits mengenai keutamaan sedekah dalam sebuah kitab yang berjudul Al Inaafah Fimaa Ja’a Fis Shadaqah Wad Dhiyaafah, Banyak keutamaan ini seakan-akan seluruh kebaikan terkumpul dalam satu amalan ini, yaitu sedekah. Maka, sungguh menghairankan bagi orang-orang yang mengetahui dalil-dalil tersebut dan ia tidak terpanggil hatinya serta tidak tergerak tangannya untuk banyak bersedekah , oleh itu marilah kita berlumba-lumba memperbanyakkan amalan sadaqah pada bulan ramadhan ini.

Thursday, July 29, 2010

Program Selangkah Ke Universiti

http://www.emocutez.com

Hye Blogger!

Alhamdullilah berakhirlah sudah Majlis Penutup Program Selangkah Ke Universiti (BAKTI kerjasama KPT dan UTe)M pada 27 Julai 2010. Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan 14 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) meluaskan program memperkasa rakyat melalui usaha meningkatkan kesedaran pelajar sekolah luar bandar melalui inisiatif Selangkah Ke Universiti. Majlis pelancaran program Selangkah Ke Universiti telah diadakan di UPM pada 16 April yang lalu. BAKTI dan Kementerian Pengajian Tinggi telah memilih UTeM sebagai tuan rumah bagi Majlis Penutup program ini. Selangkah Ke Universiti merupakan program sehari dimana pelajar akan dibawa ke Universiti dan menjalani proses penerapan dan pendedahan kampus yang bertujuan untuk lebih mengenali kehidupan di kampus. Pelajar-pelajar yang dipilih adalah dari 6 parlimen iaitu Pagoh, Muar, Segamat, Bukit Katil, Tangga Batu dan Masjid Tanah. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YABerbahagia Datin Seri Datuk Wira Hjh Asmah Abdul Rahman, isteri Ketua Menteri Melaka dan turut dihadiri oleh Isteri2 Menteri dan Timbalan2 Menteri (yang masih ingat namanya Datin Wira Rahimi Yeop, Datin Azlina Ahmad, Datin Melissa Sheren, Datin Umarani Subramaniam).Seperti biasa, aku adalah emcee majlis tu....hihihi=) nanti akan ku tempekkan gambar2 menarik sepanjang majlis ni ye...so korang tunggu eh!

Tuesday, July 27, 2010

Nisfu Syaaban 27 Julai 2010

Assalamualaikum semua blogger!

Bulan Syaaban bermula dari 13 Julai 2010 hingga 11 Ogos 2010. Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Wednesday, July 21, 2010

Buku Pilihanku : Indahnya Hidup Bersyariat

Salam semua blogger!
Aku nak share ngan korang buku pilihanku untuk bulai Julai ni iaitu Indahnya hidup bersyariat (modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat). Buku ini ditulis oleh tokoh yang tak asing lagi iaitu Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid. Buku setebal 308 muka surat ini sarat dengan ilmu dan sewajarnya dimiliki semua orang muslim. Harga yang amat berpatutan (RM55) terbitan telaga biru memberikan panduan fardu ain dan fardu kifayah kepada muslim (ibu bapa dan untuk anak-anak). Buku ini penuh dengan teks yang telah ditranformasikan dalam bentuk rajah, carta, peta minda dan jadual supaya lebih berkesan dan mudah difahami. Tidak syak lagi bahawa inilah buku fardu ain pertama yang berwarna-warni.
Untuk siapa buku ini?
Buku ini sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Wajar dimiliki oleh setiap ketua keluarga untuk dikongsikan segala ilmu didalam buku ini.
Kandungan buku ini?
Merupakan buku fardu ain dan fardu kifayah yang disusun mengikut tahap perkembangan seseorang individu darilah zaman anak-anak, alam remaja, alam dewasa, hidup berkeluarga, bermuamalat, bermasyarakat dan akhirnya menghadapi kematian. Pendekatannya lebih berbentuk 'mesra untuk beramal' dan aplikasi dalam amalan harian.

Cover depan buku

penuh informasi (gambar dan ayat al-quran)

sesuai dijadikan panduan

Tuesday, July 20, 2010

Part timers For UTeM's Convocation

Attention For All UTeM Student!!!
Please see the details of the request. We wish to offer this opportunity to the students to earn some part time work.

Looking for - Part timers
No of pax - 8 pax daily
Duration period -
2 Aug 2010 till 9 Aug 2010 - 8 days
Job Scope -
Photo registration, studio sales, general upkeeping, distributions etc
Rate -
RM 50 to RM 80 per day per person (Salary rate will depend on work scope)
Others - No experience required as training will be provided.

So interested? plz see me as soon as posible ....watch OuT!!!

Monday, July 19, 2010

~EMCEE~

Hye!
Semoga isnin yang menceriakan untuk semua blogger n follower!
emcee?topik untuk kali ini...tp kenape ek?so jgn lupe baca sampai habis story ni. hihihi maybe dikalangan teman2 rapat dan rakan sekerja well none aku sbgai emcee utk function Universiti....alhamdullilah, bakat dan pengalaman yang sedikit tu dapatlah aku gunakan untuk mengacarakan lebih 50 event Universiti. Ada juga yg tanya kenapa tak komersialkan?entahlah...maybe org luar tak tau kot!. Alhamdullilah, berkat kemahiran berbahasa Melayu dengan baik (ye la...Degree In Malay Linguistic) dan bakat dapatlah dikembangkan untuk menjadi pengacara yang baik. Setakat ni, event yang melibatkan TYT, Menteri dan all kenamaan berjaya aku jayakan!. Next coming event ialah utk BAKTI (persatuan mak2 datin neh...dan Majlis Makan Malam Bersama TYT) kalau puratanya sebulan sekurang-kurangnya 2 event jadi emcee. Kadang2 advantage jugak jd emcee ni so ramai org kenal kita dan boleh jadi CV utk kenaikan pangkat dsb. Sketlah aku tempekkan gambo2 emcee aku tuh=)hihi..
Pic kanan atas : emcee bersama erwan
Pic kiri : emcee bersama mahathir
Pic bawah :emcee bersama hery (TVKU Indonesia)


tu lah sket cite aku as emcee!hihi...so kalau ade nak buat event dan memerlukan khidmat kami (termasuk emcee laki2 kt atas tuh also tinggalkan detail kt my comment kayh (kecuali hery sbb udah balik jakarta)hihihi...bayaran boleh runding!yang pasti korang happy keje dgn kitaorg...

Friday, July 16, 2010

Sandwich Sardin

Kisah sandwich sardin ari ni nk share dgn u all!hihi=). Hari ni aku dapat speacial delivery dari my lovely sista iaitu sandwich sardin. Baiknya sis buatkan aku sandwich sardin!muahhhh=) Pagi2 dah sms tanya dah dpt ke bLom sandwich tuh?nk jadikan cerita, pg tadi aku kuar dgn Bi minum pagi dan anaknye (kredit to syafeq yang tolong hantar) plak ade meeting plak so sandwich kononnya nk buat sarapan pagi dah jadi makanan tghari ler jawapannye! tu semua tak penting!betul tak?thx sis bg sandwich tu ek....so nk dedicated special thx to my sista kt bwh neh pic dia=)

My sista 4 ever=)

Thursday, July 15, 2010

I AM SUPERWOMAN CONTEST


salam followers & viewers!!
i telah ditag oleh cik kismisbiru untuk masok contest neh. adik kesayangan kan, kena lah buat. hihi. okeh, jom ramai2 join contest yang di-organized oleh angelic shoppe ini!! :))

okeh, click jer picture atas neh untuk join.

syarat join contest neh mesti lah letak picture anda yang ber-make up. make up pakai pressed powder pun boleh join! kata penganjur lah. hehe. senang jer kan? i loikke~
:D

oke, ini die picture i yang ber-make up.
i guna make up :
foundation, blusher nipis je, lipstik, eye shadow = loreal brand! (:

i kene tag minimum 3 orang. so mereka yang bertuah ialah:
fara atika
fadzlin
rasp

okie, wish me luck taw!
xoxo, daa~

~Photoshoot @Taman 1000 Bunga~

Hye blogger!
Hari ni aku ada photoshOot di Taman 1000 bunga di Ayer keroh!hihihi...jgn salah sangka bukan utk cover majalah pun!hahaha=) just utk cover belakang Buku Terbitan Khas je...hihihi so semua ahli jawatankuasa terbitan buku Konvokesyen terlibat (ala pasal dulu sebOk i karang pantun....nah inilah hasilnye!sementara tunggu diaorg ambil ni, so bolehlah aku coretkan kat straw-berry-purple ni jap!Picnye tunggggu ek=)

Tuesday, July 13, 2010

Reunion 1413 UiTM ~GEGAR Melaka~

Alhamdulillah akhirnya tercapai ler hasrat Bi dan rakan2 1413 nk buat reunion. Nape 1413 ek?hihihi, menurut Bi 1413 tu alamat rumah sewa semasa mereka belajar kt UiTM Melaka. Walaupun ade yang x dOk rumah tu, tp dikira jugak ler 1413 sbb selalu gak lepak dgn geng2 diaorang neh!agak2nya 10 tahun mereka meninggalkan zaman perkuliahan tuh...akhirnya cetusan cadangan NAZIF, Bi pun turut membantu handle sumenya....(xpe wife dia tolong gak). Kata sepakat akhirnya tarikh 10-11 Julai 2010 dipilih dan lokasi penginapan semuanya adalah di Klebang Beach ResOrt Melaka. Mula2 check in Bi kata ialah Nazif, Fadzli dan Zul lepas tu kami dan seterusnya KrOl. Sorang peserta x dtg (EpuL ) - mereka kata nk bagi kad merah lepas neh...)


Posing lepas abes makan=)mr fadzli x de dlm ni alBum (cameraman)

Makan malam di Barkat Roti John Pantai Puteri mmg hapenning=) mana taknye order mcm2 ikan bakar ada, masakan asam pedas dan tak ketinggalan roti johN kredit thx kepada Mr Zul (businessman berjaya..hihihi) yang belanje makan malam tu. Lepas makan, semua suami2 neh menghantar la isteri2 dan anak2 ke resOrt utk mereka keluar utk trip ke-2 kt ResToran SuBaidah, Hang Tuah Mall. Kami semua isteri2 neh tak mo join sebab tau dah sampai pagi lah mereka sembang2 ye lah ade yg antaranya 10 tahun tak jumpe.


kiri : diketuai KrOl n Max, Kanan : Remy n Nazif & Bwh : diketuai oleh fadzli n Zul


Jannah sempat posing=)

2nd day, acara dimulakan dengan xtvt anak2 merendamkan diri dalam kOlam renang kt reSort..kul 1 ptg keseluruhannya check out then Bi mengetuai konvoi ke Taman Mini Msia, Ayer Keroh. Kami makan di Restoran Nasi Ayam Suria (Famous kt melaka) thx to Mr YB...hehehe gelaran mereka kepada Fadzli yang belanje lunch we all yang seramai 22 orang termasuk kanak2....(murah rezeki..amin) lepas makan tghari, we all ke Taman Botanical Garden utk naik BuGGy...kanak2 memang la teruja sesangat hihihi...mak2 dan bapak2 pun sama lorh!Bi, KrOl dan Nazif spoNsor naik BuGGy. Sepanjang perjalanan naik BuGGy tu sempat gak kite org PosiNg dalam Hutan...hihihi(cintai alam) cube tgOk pic kat Bawah neh=)


hehe=) posing semua members of reunion
1413 Kontrol ensem semuanya...
kaum2 hawa dan anak2 pun tak ketinggalan nak posing gak..


mud : tak masuk pun just pusing2 konvoi next time kalau depa mai bleh singgah sini no=)

Dah puas naik buGGy, we all ke MIBC utk bowling tournament! puh...lawan ikut cOuple masing2!aduhai ade peluang kalah cam ni....tak pe menang ke kalah yg penting gumbire semuanya!Bi pun bleh la tahan main walaupun tak strike tp spare tu kire ok lah sayang....hihihi=) cube tGok pic neh....Bi oh Bi!


spare pun spare la Bi....=)



pic atas ( krOl, remy, nazif dan fadzli)


bakal2 pemain bowling profesional 5 thn akan datang=)

pic bawah (max, nazif, krOl dan remy)

Lepas main bowling, semua ahli2 tetap 1413 dan family pun berposing....kredit thx to mr guard tolong amek gambar kt bawah neh=)



Lepas posing semuanya, makan malam di Restoran Subaidah MITC...mcm2 kita org order roti john jepun, korea, puree, pasembor, tandori nan, mee goreng, mee hoon goreng, capati, limau ais, teh tarik, barli...dll yang tak ingat lagi dah. Kredit to Bi yang belanje n KrOl gak....hihihi=).

The last story, next reunion nk ke Utara or Pantai timur dan ada juga cadang nk ke Bandung, Indonesia...tak kisah la kt mana, kami2 ni follow je! janji ukhuwah yang lama terjalin kekal selamanya....betul tak?.

~SAMPAI KETEMU LAGI~
~MAX, NAZIF, FADZLI, KROL, ZUL, REMY, AIEN, YA, LELA, HAMIDAH, INA, WIFE REMY & SEMUA ANAK2 TERCINTA~

Monday, July 12, 2010

~My Spain win World Cup 2010~

Puh...leganye bila Spain berjaya menumpaskan belanda 1-0 pagi ini. Mula2 plan nak tgOk final WC neh yelah favourite team main, tp disebabkan kepenatan dengan reunion Bi 1413 UiTM (pic dan story blOm buat lagi tp nk close up cite Wc doLU...(^_^) mulai sabtu hinggalah malam smlm, tak terjangkau dek mata nk stay lagi untuk menonton TV...(dalam hati berkobar2 nk tgOK...hihihi:) takut gak nk tau keputusan pagi ni wlaupun menang ke kalah depa ni mmg layak p final....(cewah ckp penang no)
Kisah paul dan ramalan mmg kebetulan saja yang penting pemain2 Spain dah berusaha bersungguh2 hasilnya SPaiN menumpaskan BelaNda 1-0 (^___^) VIVA ESPANA.
So tamatlah cerita WC 2010 sehingga ketemu pada 2014 plak kt BRAZIL! yang tinggal hanyalah kenangan manis sepanjang WC neh...aku pun suke gak lagu WAKA..WAKA ShakiRa....besh2.

Friday, July 9, 2010

~@Dewan Cyber UTeM~


Pelajar2 baru daftar on9 maklumat peribadi @Dwn Cyber UTeM

Seramai 2090 orang pelajar baru UTeM mendaftar secara on9 maklumat peribadi didean cyber...mmglah ramai tp pelajar2 lelaki islam diutama dahulu seramai 1ribu orang utk key in dulu...tp x sempat gak nak abiskan semuanya sbb nak menunaikan solat jumaat(seb baik masjid utem dekat je dgn dwn cyber)
Lunch hour petugas2 hawa yg biasanye ke jusco dan lain2 agenda terpaksa ditunda minggu ini...hahaha:) takpelah dik korangnye pasal lagipun setahun sekali jek kan...pelajar2 perempuan, cina dan india ambil giliran key in data masa 12.30-2.30 ptg plak...so far semuanya berjalan lancar.
Sebahagian pelajar yang masih x key in data diminta utk berbuat demikian sebelum minggu ke-12, so pandai2lah adik2 ni nk mencari masa dan tempat utk memudahkan urusan seterusnya...klah adik2
selamat maju jaya ye....

Thursday, July 8, 2010

Cayalah Spain (^__^)

Demam piala dunia semakin hangat sekarang neh....mesti ramai tak pecaya Spain bleh kalahkan German. Tapi itulah realiti, kene pecaya segala kemungkinan. Dulu aku pun sukar nak pecaya brazil kalah dengan belanda dan argentina (ohh messi..)kalah teruk dengan german!itulah hakikat bola sepak! boleh dan menang x kira lah pasukan tu asalnya kuat ke tidak yg penting kesungguhan dan kerja berpasukan pasti BOLEH!
Buat Spain, berusahalah untuk menang yer...kerana selepas brazil dan argentina pasukan pilihan aku kalah, spain adalah pasukan pilihan aku kini....Go Spain! pape pun PAUL gak popular dgn ramalannye....(^_^)

Wednesday, July 7, 2010

Pantun oh Pantun! ( ^__~)


Hehe:) that my cuttie PC...
Kesibukan melanda berganda2 dalam satu masa...waduh, seb baek baru balik kursus pengurusan stress so dah pandai uruskan stress kalau tak mau jd stress dgn keje yg bertimbunan...ni sebabkan nk kurangkan stress luangkan masa tulis jap kat my lovely blog! Tugasan yg ditambah dari keje2 hakiki ialah mengarang pantun untuk terbitan Konvokesyen...mmg lah rasa mcm nk pecah kepala nak pikir tp bile dah siap hasilnye nanti seronoklah pulak....nama printed dalam Buku Terbitan Khas!
Pantun dikarang beramai-ramai
Terbitan Majlis Konvokesyen Ke-Enam
Naik pening kepala pun mamai
Nak tak nak kena siapkan dulu enam

Hahaha:) suka suki je aku karang pantun kat atas tu...takpe tak suke janji sendiri suke lor....okayh tu je buat masa ini....next day, time ketemu lagi ye! taaaaaaaaaraaaaaaa

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Pendaftaran Pelajar Baru UTeM ~ 4 Julai 2010~

Seawal pagi dah berada di Dewan Besar utk bertugas di KAUNTER C (kaunter akademik). Mmg bersemangat sgt2 sbb 1st time incharge pendaftaran pelajar directly sblom neh just belakang tabir jerk!huhuhu...baju seragam mmg berbalOi2 wlupun bayO sendiri (RM 90)! canteK pe
Pelajar mula le Q kt kaunter....puh mmg tak menang tangan ler owG kata kesebOkan yg melanda tetiba. Dlm sebOk2 bertugas, dpt plak berita abg ipin (one of petugas gak) yang anak sedara meninggal dunia di AUssie (dek Mat Salleh Aussie menikamnye ~akibat mengaMok~ tak kan pasal boLa kot?) kesian dia terus balik...sedey sgt:(
Sambung balik pasal pelajar baru neh...mmg ramai sorang2 last2 pelajar yg daftar seramai 2089...puhh ghamainye bebudak baru neh....semak punye semak byk yg x lengkap dokumen yg perlu diserahkan...ish2 budak2 neh nk marah dah besO panjang! penat gak la nak pesan ( mcm ni bunyinye " dokumen yang tdak diserahkan ini perlu diserahkan ke Bahagian Pengurusan Akademik selepas minggu haluan siswa selewat-lewatnye 2 minggu")
Tapi itu semua kenangan manes buat kite org yg bertugas neh....yg cantek ade, ensem pun ade budak2 neh....hahahaha:)
Lastly balik rumah dengan kepenatan... namun hati megah gumbira dpt membantu Universiti terchenta..
chayOk UTeM (^_^)

Tuesday, July 6, 2010

Weeding Anniversary on 2nd July 2010

Thx abg for lovely dinner @ikan bakar....luv u so much dear!
  • Thx gak for bowling game @MIBC melaka...yang pasti i menang kayh
  • Thx to be my Bi as well u are....(^_~)muahhhh
  • Thx again my sister MUD for wishes :) i'm happy for that