Tuesday, August 31, 2010

15: 53thn (^_^)

http://www.emocutez.com
Hye blogger semua
Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia ke-53 thn...dalam kesibukan umat islam berpuasa, tercatat sejarah Malaysia menyambut hari kebangsaan kemerdekaan ke 53thn. i'm proud to be malaysian! yeah...aku anak merdeka!semoga Malaysiaku terus gemilang!
http://www.emocutez.com
selain tu buat rakan2 blogger kot ade yg lahir pada 31 Ogos jugak, aku nk ucapkan HAPPY BESDAY kayh...semoga korang anak2 lepas merdeka terus menGEKALKAN kemerdekaan negara ini.
http://www.emocutez.com
akhirnya, sama2lah kita bergandingan bahu ye adik2, kakak2 dan abang2 untuk menjadikan diri kite sebahagian daripada pengisian yg TERBAEK utk kemerdekaan!
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
http://www.emocutez.com

Sunday, August 29, 2010

14:Games Fesbuk!

http://www.emocutez.com
Hye blogger semua!
selamat berpuasa dan bercuti di hujung minggu
so ape xtvt korang ek?aku?besa lah kalau tak layan online games x sah...hihi=)
http://www.emocutez.com
agak berpeluh gak la nk kekal ranking...
tp dah namanye permainan la kan kenelah struggle nk menang!suke2 je hilang busan dok umah
dibulan2 pose neh...kadang2 layan gak kt opis masa lunch time yelah nk tdo tak besh sbb sojok yg amat le plak kt opis tu...
kayhlah guys...wat ever pun korang lakukan dihujung2 minggu ni lakukan lah dgn xtxt yg terBAIK jak yer...hahaha=) kak berry nk undur diri
http://www.emocutez.com

Friday, August 27, 2010

13:Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini. Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).


Sumber :http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084

Thursday, August 26, 2010

12 : Ok tak?

http://www.emocutez.comblogger semua
nak story ape ek ari ni?entahlah sejak aku HILANG mood jap 2 hari lepas, http://www.emocutez.com
kini aku kembali utk menulis di blog aku yg cumel neh....hahaha perasan tOl!http://www.emocutez.com
aku baru je berjinak2 nk pakai tudung syria sebenarnya!biasa beli tudung Dzahra je senang pakai tp agak mahal lah regenye..so aku beli tudung syria nk cuba ok ke tak dgn muke nk memakainya...tudung tu kalau x kene caranya al kulupi la muke kite yg bersegi neh...so aku tempekkan pic aku yg bertudung syria smlm posing before attent meeting...sesuke je aku kan!http://www.emocutez.com


http://www.emocutez.com
so how do i look?ok tak?
kayhlah beb! tu je pun nak share hari ni....so selamat berpuasa kt korang yer! kejap je rasanya dah nk masuk hari 16 ramadan...
http://www.emocutez.com

Tuesday, August 24, 2010

11: Why Me?

Hye blogger semua...
Salam 14 ramadan!
Entahlah aku tetiba rasa cam x besh je ari neh...rasa nak JERIT KUAT2!lHAAAAAAAAAAAAAAAAAAA....lepas satu stage, aku dimaklumkan ttg sesuatu yg aku agak terkejut oleh org2 atas aku. Aku tertanya2 nape aku wei?susah aku nk share kat sini, bile settle akan aku bongkarkan ape yg aku maksudkan sebenarnya. Hati aku bergetap dan bergetup jdnya tadi...Bi pun heran nape aku?jd popular pon salah ek?ramai plak yg mencadang itu dan ini...yg jadi mangsa aku lah. Bg org lain mungkin satu peluang tp aku?aku XMO...tolonglah wei!pendirian aku tegas walaupun org itu amat berpengaruh...aku say NO!mcm bagus plak bile aku ckp camtu tp aku kena ade stand sendiri. Lepas dia dgr pendirian aku tu aku harap dia bleh terima dgn hati yg terBUKA....pleaselah NOT ME okayh.
http://www.emocutez.com

Monday, August 23, 2010

10: Cuti Raya

Hye blogger semua!
Selamat bekerja dan meneruskan pengajian kepada mereka2 yg bekerja dan masih study lagi. Niway cuti 2 hari hujung minggu dah berlalu dengan jayanya. Isnin permulaan segala hari kita semua memulakan aktiviti masing2..kepada pelajar2 tentunya dapat cuti raya so tak perlulah nk apply ke ape...betul tak?bagi yang keje mcm aku ni kenalah mohon cuti awal2. Seawal 2 hari puasa jadual utk cuti raya telah dikeluarkan oleh PA boss utk semua staf kt tmpt aku ni...so cuti raya aku pun dah diluluskan bermula 9 September sehingga 16 September aku bercuti raya....
http://www.emocutez.com
yahooo!bestnye..keje ari jumaat sbb kesian gak kat staf aku yg dah kene start keje pada hari selasa dan rabu so aku kejelah ari jumaat (tp mereka mula cuti awal) so kasi bos kecik ni cuti lama sket)... tq boss besar sebab perkenankan cuti raya saya!. So korang yang masih belum belum apply cuti tu kenalah bergerak dgn pantasnye yer.....balik kg naik ape? so yg belum beli tiket bas ke, kereta api ker, kapal terbang ker, drive sendiri ker? kenelah berhati-hati dijalan raya ye...ingatlah orang2 tersayang!

Saturday, August 21, 2010

09: Happy Weekend!

Hye Bloggger!
Hihi...happy weekend kpd semua rakan2 blogger!
Kejap je rasanya minggu ke2 hari sabtu semua umat Islam berpuasa!
angkat tangan sape yg dah tinggal posa?hihi...biasalah kalau dah pompuan namanya...
tp aku masih berpuasa lagi setakat ini..Alhamdulillah!
ape korang buat weekend2 ni?aku biasalah lepas subuh berlumba2 nk tdo..
yelah biasanya kerja so lepas subuh just baring2 luruskan kaki je pastu dah prepare nk pegi keje
ambil kesempatan cuti hujung minggu utk membayar balik seminggu punye tido2 ayam tu...hahaha!bley camtuh?ckp je pun tapi dapalah lena dalam 2-3 jam lepas tu dah bangun pun.
Bi plan nk g window shopping ptg ni nk carik baju raya!hihi..bestnye!smlm sempat gak ke mahkota parade servey2 dulu, ade gak yg Bi berkenan tp biasalah nk tgOk2 dulu baru nak beli....xpelah Bi i follow u bak kata abg jem...hihi!so korang pun kalau rasa busan kat rumah tu pegilah cuci2 mata beli baju raya kayh....aku undur dulu la beb! (^_^)

08:IFTAR

Hye Blogger!
Alhamdullilah syukur kepada Illahi kerana berkesempatan untuk bersama-sama dengan anak2 yatim budak laki-laki abdul aziz utk berbuka puasa di Hotel Mahkota Melaka. Seronok sgt td bile melihat anak2 yatim ini menikmati lebih 60 juadah berbuka secara buffet dihidangkan kepada mereka. Terima kasih kepada Mr. Zainal, Manager Hotel yg undang aku dan suami disamping rakan2 sekerja kenalan rapat beliau utk serta bersama2 meraikan anak2 yatim ini. Terima kasih banyak2 ye:) Semoga anak2 ini terus dilimpahi dgn rezeki berbuka dihotel yg lain plak disamping dpt duit raya...ingatlah adik2 anak2 yatim ni bahawa masih ada yang sayang kepada kamu semua yer....

Friday, August 20, 2010

07: Jom cuba!

Hye blogger semua!
Salam jumaat n salam 10 ramadan..
Niway story kali ni aku nk share kt korang satu website yang mmg superb!
aku tau pun, bile frend posting kat fesbuk smlm....ape ek?cam suspen jek bunyinya....
jeng3x....kat website ni korang bleh cuba mcm2 resepi dan cara masak online pun ade.
tak caye?cuba korang klik www.trymasak.my puh mmg memudahkan isteri2 yang bekerja seperti aku nak plan nak masak ape utk berbuka ataupun bersahur....semakin maju, capaian semuanya mudah klik then menu yang kite nak pun dipaparkan. Senang jek kan. So korang blehlah cuba pelbagai resepi utk sepanjang ramadan dan juga hari-hari selanjutnye....hihihi=)
~Selamat mencuba doh~ (^_^)

Monday, August 16, 2010

06:Syoknye Posa ^^

Salam semua blogger dan salam 6 ramadan!
Kejap sgt rasanya telah masuk ke 6 ramadan (Insyallah) mcm tak pecayakan?tulah syoknye ramadan, tak perlu dihitung namun kehadirannya mmg dirindui dan ditunggu, kemudian kepergiannya akan ditangisi seandainya inilah ramadan yang terakhir. Namun yang pasti SYAWAL pasti diraikan sebagai tanda kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang tempoh berpuasa. Syoknye posa ^^ ape pendapat korang?syoknye posa bagi aku plak:
  1. Selain daripada menjalani ibadah yang wajib, posa jugak dapat membantu untuk menguruskan badan atau diet. Betul tak?bagi aku semestinya posa ini membuatkan aku menambahkan keazaman untuk lebih slim...hihihi=)kuruslah tu!
  2. Selain itu juga dalam bulan posa je la mcm2 juadah dijual di bazar ramadan tp aku baru sekali jek pun menjenguk bazar ramadan. Kena pandai pilih, kerana bukan semua yang berniaga tu sebenarnya teror masak pun!muncul tiba2 sebab nk cari duit semata-mata so kenelah berhati2 ye korang...so far biasanya aku beli kat gerai yang mmg terbukti sodapnya, lagipun aku suka ayam percik semestinya gerai yang biasa menjual tu je lah yg aku singgah beli.
  3. Beli baju raya. Sebenarnya, aku yang bekerja ni semestinya beli baju selalu tp kemeriahan menyibuk2 nak pilih baju disamping tengOk gelagat orang membeli beli..isk2 mmg syok!
  4. Biskut raya beraneka rupa dan rasa. Biskut paberot aku semestinya almond london, tat nenas, snow almond, Mazola, dan mama carry. Sebenarnya ada lagi tp aku pun tak ingat nama biskut tu…hahaha=) selain tu, biasalah rempeyek, dodol, kueh ros, semperit. Yummy!
  5. Duit raya?bukannya aku yang dapat tp syok bagi adik2 , anak2 sedara dan sedara jauh dan dekat. Mmglah tak banyak tp keriangan kanak2 bila dapat duit raya tu rasa terhibur plak.!Ye lah anak yatim piatu cam aku neh…huhu=) sedeylah plak. Alhamdullilah berkat duit gaji kita bile kita bersedekah kepada yang memerlukan. Betul tak
  6. Menziarahi pusara kedua-dua ibubapa tercinta. Bab2 ni sedey sangat, ye lah rasa kehilangan sangat masa ni kan. Terasa org lain ada ibu bapa menjelang raya berkumpul semua adik-beradik. Al-Fatihah buat Allahyarham Buang Bin Puteh dan Allahyarhamah Sariyah Bin Md Dom, semoga Allah cucuri rahmat ke atas mereka...Amin
  7. Lagi?mcm banyak je nak coret kat sini tp stop dulu eh, kalau aku ingat aku tambah lagi.
So kalau korang ade citer menarik nk share kat aku pun boleh...add je kt komen gue kt bwh neh ek? silakan jgn malu2 dan sedey2...sob..sob..

Thursday, August 12, 2010

05: Solat Sunat Tarawih

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

Dalil

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

Hukum

Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Cara Solat Tarawih

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh].

Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:

Solat sunat39.gif

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".

Bilangan Rakaat

Umat islam menunaikan sembahyang tarawih di bulan Ramadan

Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.

Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.

Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”

Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

Kelebihan Sembahyang Tarawih

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_Sunat_Tarawih

Wednesday, August 11, 2010

04:Selamat Datang RAMADHAN!

Hye semua blogger!
Salam ramadhan buat semua blogger...
Ramadhan yang ditunggu dan dirindu telah tiba
Kehadiran ramadhan menjadikan nafas kita menjadi tasbih
Tidur menjadi ibadah, doa ini dijabah tetapi semuanya tidak akan terjadi
tanpa maaf tulus dan ikhlas dari hati naluri kita...
Andai semua harta menjadi racun, maka zakatlah penawarnya..
Jika seumur hidup kita adalah dosa, maka taqwa dan taubat penghapusnya
Jika seluruh bulan adalah noda, maka ramadhanlah pemutihnya.
Salam Ihya Ramadhan buat semua, semoga diberkati Allah s.w.t hendaknya...amin

Tuesday, August 10, 2010

03: Dinner & Majlis Konvokesyen Ke-6 UTeM

Salam semua blogger!
Alhamdullilah selesai segalanya Majlis Makan Malam Konvokesyen & Majlis Konvokesyen Ke-6 pada 6, 7 dan 8 Ogos 2010. Tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya mengengam segulong ijazah. Seramai 1408 graduan kali ini berjaya bergraduasi pada Majlis Konvokesyen istimewa sempena Ulang Tahun ke-10 UTeM. Tahniah juga diucapkan kepada semua Jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan Majlis Konvokesyen ini. Kenangan manis dalam menganjurkan Majlis sebegini pasti dijadikan kenangan. Sedikit kenangan gambar2 yang sempat dikongsi disini=)
Majlis Makan Malam -6 Ogos 2010

aku emcee malam tu...glamor tak make up?hahaha=)

wah...ala wedding gitu posing dgn bunge before bg isteri Pro Canselor

senyum2...sempat posing lagi sblum majlis bermula

adik cumil : yg akan bg bunga pd isteri Pro Canselor
Aida : ketawa bila posing dgn Erwan tuh...scandal eh?
erwan : my patner emcee dinner...

Thursday, August 5, 2010

02: Owh Sushi!

Salam blogger!
Sushi?hihi=) menurut kamus aku, sushi ialah sejenis makanan kombinasi nasi dan pulut yang bersaiz kecil a.k.a cumil yang disalut dengan sayur/telor/ape2 je kombinasi yang biasanya sushi itu disediakan. Makanan ini popular dijepun sebab makanan ruji rakyat jepun. Bagi aku yang baru la 3thn kebelakangan ini berjinak2 makan sushi....taste?sedap dan mengenyangkan jugak!. Selalu beli kat jusco je or sushi king kadang2 ada gak hotel yang serve menu sushi...kejap2 aku fikir!oooooh ye baru ingat kt Quality Hotel Kl ada sajian sushi for lunch!mmg best....i like!.

Kalau bercerita pasal kek plak, aku suke kek secret recipe (dpt 1 slice pun dah cukup...yummmy sedapnye!)kadang2 tu mmg teringin nk makan seb baik la hubby rajin melayan g secret recipe. Cup cake plak, aku tak la sgt suke....tp kalau kene gayanya (pandai sipembuatnya dan adunannya) gerenti aku makan abis! yummmy. Isk2 entry nye sushi tp aku dah bagi kombinasi kek dan cupcake sekali dalam posting kali ini...hihi=) sepatutnya kene tukar tajuk sushi, kek dan cupcake!hahaha:). Teringat plak nk makan sushi seblom posa next week! (^__^)wat ever la janji korang paham dgn apa yang aku coretkan kat sini...daaaaaaaaaa!

Monday, August 2, 2010

01: Flawless (^_~)

Hye blogger semua!
Kejap je Julai melabuhkan tirainya menjelma plak Ogos penuh bergaya!mmm..mukadimah tu!
niway, topik nk share korang, nape ek aku pilih Flawless?hihi=) saje nk kasi jeles dgn Cik Kismisbiru...(mana taknye bile kwn2 dia bgtau yang kulit muka kak ciknye yg cumil neh Flawless!hahahaha=). Nak buat mcmana, anugerah Allah. Sebenarnya kwn2 pun ada gak tanye, pakai pe ek?muka licin je?pape2 pun aku senyum jek...(^__^)korang nk tau ke ape yang aku gune?tunggu nanti aku tempekkan kt sini eh..

penah guna SK-II selama 1 thn jek....sgt baik tp mahal!
pakai nutox plak...hihi=)sama color merah tp murah sket! still ok sesuai dgn muka
last2 i gune yg neh...so far kulit muke sesuai!

Simpan gak hasrat nk beli SK-II so kenelah jimat cermat utk belinye nanti...tp bila ek?hihihi=)