Monday, September 26, 2011

Tweet lah pulak!



Salam semua,
Aduhai, mcm nak tercabut semua sendi kak berry lah hari2 yang sepatutnya MONDAY BLUESS ni kannn! bukannya apa kann, yelah kak berry terlibat sebagai salah seorang pemilik proses untuk Audit Pejabat Pendaftar...Insyallah, u can do it okayh...eh2 kesitulah pulak al-mukadimmahnye...hehe:) saje le teww kak berry ni.. Al-kisah, kak berry ni x de lah suka sangat nak cuba benda2 baru ni kannn. Tapi semenjak bermenjak ni ramai plak kawan2 kak berry update FB dengan twitter. So kak berry pun al-mencubalah semalam. So secara tak langsung tercipta akaun twitter kak berry...hehe:)so kalau korang nak jd followers kak berry terus ke link ni eh



www.twitter.com/aiensyamsul kelassssss kak berry kannnn!!! so blehlah kita tweet mentweet....aha:) rosak bahasa Ibunda tercinta...ye lah baru nak belajar, tu yang kadang2 nak reply ke nak retweet lepas tu apa plak bezanya...aduhai poning pale kak berry. Tp tak pe, belajar tangga kejayaan....ye lah budak baru belajar, kalau salah tolong lah den betulkan. Paling kak berry suke bila kita update kat twitter so bleh je terus update kat FB so sangatlah senangkan...tak payahlah nak kene buka sekali kedua2 akaun serentak. So kawan2 kt FB pun bleh komen je begitu kt twitter...oklah adinda2 semua, kak berry chow dulu yer!!!

Thursday, September 22, 2011

Pendaftar IPTA berkampung di UTeM ~14 /09/ 2011~

Salam semua,

I'm sorry....hehe:)) kak berry nak story gak pasal ini walaupun dah agak terkebelakang tarikhnya..mesti korang tertanya2 story apanye kak berry oiiiiii sampai buat entry ni....ala dik non janganlah mcm tu yer. Tak de lah hot lagi mengHOTkan pun just nak share Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftar IPTA Bil.4/2011 di UTeM....hahaha:) tu je? ye lah, kak berry mesti updated apa sahaja yang melibatkan kak berry dalam apa juga XTVT Universiti. Al-kisah, kak berry di tugaskan untuk menjadi pegawai pengiring kepada Pendaftar UM. Ramailah rakan2 kak berry terlibat sama ye lah nak cover semua Pendaftar2 IPTA.

Bermula pada 13 September lagi mereka semua ini telahpun berkampung di beberapa hotel di Melaka, dan pada malamnya tak sah kalau ke Melaka tidak di jamu dengan IKAN BAKAR. Semua delegasi dibawa ke Medan Ikan Bakar PARAMESWARA umbai Melaka. Disebabkan, Pendaftar UM tidak hadir pada majlis makan malam ini, so kak berry tak terlibatlah untk majlis makan malam ini.

Bermula jam 8.00pagi, bertempat di Dataran Canselori UTeM semua pegawai2 pengiring dah sedia menanti Pendaftar2 IPTA. Setelah semua Pendaftar sampai, semua Pendaftar dan pegawai2 pengiring mengambil tempat untuk diambil gambar oleh Jurufoto Universiti. Selesai membawa mereka bermesyuarat dalam lingkungan 2 jam. Tepat jam 12.30 tengahari, mesyuarat ini tamat. Selesai menjamu selera, kami semua mengiringi Pendaftar ke dataran canselori semula untuk mereka pulang ke negeri masing-masing dari Perlis sampailah ke Sabah. Sebagai cenderahati, UTeM memberikan ole2 melaka iaitu belacan, inang2 (sejenis keropok yang perlu digoreng sebelum dimakan dan juga kueh baulu) disamping itu juga gambar semua Pendaftar berserta frame turut menjadi hadiah. Tersenyum semuanya apabila mendapat ole2 ini, bak kata seorang Pendaftar ni kepada rakan2 " baik sungguhlah UTeM ni, dijamu ikan bakar, pegawai pengiring yang ramah -tamah dan dapat lagi ole2 dan gambar", kak berry yang mendengar hanya senyum dan berkata " sampai jumpa lagi, jangan serik datang melaka". Semoga kata2 akhir itu menjadi ingatan mereka untuk mengingati UTeM...kerana UTeM di hatiku:))). Sedikit bingkisan gambar untuk tatapan...silalah jamu jgn segan.


Semua Pendaftar IPTA






Antara pegawai pengiring yang sempat inter frame:))





semasa mesyuarat berlangsung dipengerusikan oleh Pendaftar UiTM..

Wednesday, September 21, 2011

My BiG Day =)) Thank you Allah.

Salam 23 Syawal semua.

Wordless Wednesday?hehe...kak berry sangat2 gumbira hari ini. Hati berbunga-bunga mekar di taman astakona ku hari ini. The special event on my special day:)))hehe..suspen jek bunyinya kannn...saje ler tu kak berry ni. Kayhlah, saje nak share pasal BIRTHDAY kak berry hari ni...uMur bape?hehe, kalau ikut muka yang baby face ni mcm 18 taOn jak..apakah? wat ever lah yang penting akak ni berjiwa muda remaja walaupun dahpun early 30 tau..

Program yang kak berry terlibat hari ini merupakan event yang dianjurkan oleh BAKTI, KPT & UTeM iaitu selangkah ke Universiti, so dipendekkan story board neh<---hehe, kak berry adalah emcee untuk event ini. Perasminya bukan calang2 orang, YABhg. Puan Seri Datin Nooraine Abdul Rahman, Isteri TPM tuh....terima kasihlah kepada universiti (alhamdullilah berjaya sembuh daripada demam dan batuk). Alhamdullilah berjaya dilaksanakan..thanks Allah for this peluang.

Honestly, that story one part of y bIg day today:)). Truely, kak berry happy offcourse lah sebab my besday...nak tau nape?????? Bi bagi present for birthday. Ingatkan tak dapat dah sebab Bi dah bagitau masa dapat present anniversary GALAXY TAB siang2 Bi dah kasitau ini untuk anniversary dan in advance Birthday...huhu:) dengan senyuman aku pun pun senyum tanda setuju...haha, perlukah begitu...ala xkisahlah kan..abis je program selangkah ke Universiti, Bi beriya2 ajak ke Jusco Bandaraya. So i Follow je lah. Tetiba, Bi stop kat Bonia Poly Wacth Shop. Oh tidakkkkkkkkkk, hehe suke la tu. Kak berry just follow je. Bi pun tengok jam sana dan sini, dia tanya suka yang mana?wat? Bi nak bagi jam ker neh?dengan sopan, kak berry senyum tanda suke...puas tengok jam, Bi pilih satu jam ini, pergh mabelos....cantek WoOOOo kilat2 diamond dan gold. Tengs sayang for the present...jam paling mahal x penah aku mimpi untuk memilikinya...nanti kak berry upload okayh...

oklah for this time, all da picture upload later:))))) kalau suke sila lah KOMEN-->>

Tuesday, September 20, 2011

Rindunya SYAWAL=)

Assalamualaikum semua,

Sepi rasanya kak berry seketika, bukan ke mana tetapi sibuk dengan tuntutan kerja dan keluarga. Itulah namanya kehidupan, susah ataupun senang perlu diharungi dengan penuh kesabaran. Insyallah. Syawal bakal dirindui, kehadirannya tahun hadapan akan dinanti didahului dengan Ramadhan penuh ibadah. Sungguh terasa masa pantas meninggalkan kita, sedar ataupun tidak waktu tak akan kembali menganjak ke belakang tetapi menganjak ke hadapan. Alhamdullilah di panjatkan syukur padamu Illahi dengan Izinmu dapatlah hambamu yang kerdil ini menunaikan puasa sunat 6 Syawal pada tahun ini. Kesihatan yang baik melangsungkan keazamanku untuk berpuasa sunat 6 Syawal. Kemanisannya amat terasa, berbeza dengan puasa sunat yang biasa. Mengharungi pelbagai dugaan ketika rakan2 lain sibuk berhari raya, rumah terbuka di sana sini, pelbagai juadah jadi hidangan, puasa sunat tetap ku laksanakan. Alhamdullilah. Insyallah, ketemu lagi Syawal yang dirindui ini di tahun hadapan.

Thursday, September 15, 2011

Bangga anak malaysia!

Salam semua,
Lama dah rasanya kak berry tidak berceloteh kt belogku yang amat ku sayangi..mau x sayang!hehe:) Kemeriahan terasa di dalam kita meraikan syawal...(rayakan sebulan, betul tak?) turut kita meraikan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Alhamdullilah, esok dah Hari Malaysia...turut diraikan berganda dengan perarakan Hari Kemerdekaan...selain semua dapat bercuti pada esok 16 September 2011, haruslah kita renung2kan sejarah negara kita, tumpah darahku MALAYSIA. Perjuang2 kemerdekaan harus dikenang segala jasanya dan sedekahkanlah Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan barkah.

Macam2 polimek timbul tentang sejarah kemerdekaan di Malaysia sejak2 muktahir ini. Sukar dipercaya bermacam cerita dan hujah timbul mengatakan itu dan ini. Ramai pulak tetiba yang dahulu lena diulit intan, tetiba menjadi jaguhan menafikan dan mengatakan itu dan ini sedangkan apa yang termaktub di dalam kitab pengajian sejak dibangku sekolah memang tidak boleh disangkal lagi. Apa sudah jadi?kerana politik atau kepentingan peribadi. Fikir-fikir dan renung2kanlah. Kak berry hanya mampu tersenyum apabila mereka bertelagah sesama mereka di kaca TV dan dimedia massa, kerana bukannya apa takut sekadar retorik semata-mata (kak berry ni pemegang Ijazah minor dalam Sejarah di UKM so faham2lah ye). Sekadar pandangan, cintailah sejarah tanah air kita barulah kita tahu asal usul dan budaya kita.


Hari Merdeka



Hari Malaysia

Thursday, September 8, 2011

::Wajah Seiras?::

Salam 10 Syawal semua

Alhamdulillah sekejap je kan masa berlalu dah 10 syawal dan sudah 2 hari kak berry berpuasa enam. Insyallah, ada 4 hari lagi untuk kak berry beraya kali kedua....hehe:) berbalik kepada entry kali Wajah Seiras? kak berry terperasan plak gambar seorang pengacara salam bollywood NAIDA kalau tak silap lah namanya mcm seiras dengan Aimie Harmelia atau lebih dikenali dengan ELIA jejariruncing.blogspot. Pandang punya pandang, tengok punya tengok..erm kak berry rasa memang seiras. Tak tau lah pandangan orang lain. Ye lah kita semua kan ada 7 wajah seiras. Kalau betul lah, so ELIA kena cari lagi 5 orang dengan wajah seirasnya....hehe:) Oklah, kak berry letakkan pic mereka berdua nanti korang tengok yer sama ke tak?yang pasti dua-duanya manis dan cantek!!)))



Naida -pengacara salam bollywood




Aimie a.k.a ELIA
Tu je pun nak celoteh kali ini...hehe:) so apa pandangan ELIA?seiras tak?))))))))))so korang dah tengok silalah komen yer....

Monday, September 5, 2011

Selamat Datang Pelajar Baru!

Salam 7 Syawal rakan-rakan.
Bersyukur ke hadrat Illahi dengan IzinNya dapatlah kita semua meneruskan kehidupan seharian seperti biasa. Thank you ALLAH memanjangkan usiaku dan semua insan2 yang amat aku sayangi. Berbalik kepada entry kali ini, kak berry ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada 4 Sept 2011. Tahniah kepada 2216 orang pelajar yang selamat mendaftar. Dari Sabah sehinggalah ke Perlis, UTeM dipenuhi dengan pelajar dan ibubapa. Dalam kegembiraan, ada juga yang berduka kerana tidak berjaya mendapat tempat ke mana2 IPTA. Tempat yang disediakan memang terhad. Saingan semakin sengit setiap tahun, oleh itu adik2 semua perlulah menyediakan diri untuk mendapatkan keputusan yang baik semasa STPM, Matrikulasi, Asasi dan juga lepasan Diploma.
Tahniah diucapkan kepada anak buah kesayangan kak berry FARIZAPRINCESS kerana berjaya melanjutkan pengajian di UTeM. Tidak dilupakan adik kesayangan kak berry juga MUHAMMAD TAUFIQ a.k.a Bolai yang akan mendaftar esok 6 September 2011 di UiTM Shah Alam. Tahniah juga kerana mendapat biasiswa JPA. Alhamdullilah.
Perubahan Kalendar Akademik IPTA mulai tahun 2011 ini sebenarnya ada juga baiknya. Disamping untuk mengarus perdanakan pelajar2 lepasan Diploma untuk menyambung pengajian selepas tamat pada JUN, pendaftaran pada bulan SEPT ini juga dapat memberikan kelebihan kepada semua pelajar untuk merehat2kan diri/bekerja sementara dalam lingkungan 4-6 bulan sebelum menyambung pengajian dan juga dapatlah berpuasa SEBULAN dirumah. Apa2 pun, setiap perubahan yang berlaku dalam Kalendar Akademik ini memberikan pelbagai implikasi kepada semua terutama bagi yang menguruskan urusan akademik pelajar. Baik atau buruk, kami kena harungi juga:(





Pelajar2 mula sampai sejak jam 7pg lagi.



:: Kaunter HEPA::



Kaunter Akademik

:: mohd asri, kak berry, wan, kak mas::



Saturday, September 3, 2011

::Al-Fatihah::

Salam 5 Syawal kepada semua rakan2ku,

Terasa sayu apabila dikhabarkan semalam bahawa jurukamera BERNAMA TV meninggal dunia kerana tembakan curi semasa operasi bantuan kemanusiaan di Mogadishu Somalia. Terkejut & simpati kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul Bin Mohd Noor, 41 tahun. Jika tahun lepas Malaysia dikejutkan dengan berita kematian ngeri ke atas Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati dan tahun ini pulak pengamal media di Malaysia pula meninggal dunia kerana tembakan curi...sangat kejam apa yang berlaku...walaupun, kite semua percaya pada qada dan qadar namun apa yang berlaku benar2 menyentuh perasaan. Cubalah kita letakkan diri ditempat isteri arwah, bertapa pilunya hati tiada disisi arwah menyahut panggilan Illahi. Doa kak berry mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Semalam sempat jugak kak berry ber chatting dengan wartawan TV 3 Kamaruddin A.Kadir mengenai apa yang berlaku. Setuju dengan pandangan beliau, bahawa semua petugas2 media PERLU diberikan latihan ketenteraan yang secukupnya untuk menyiapkan semua petugas menghadapi sebarang kemungkinan ketika bertugas di zon perang. Selanjutnya, bos2 pengurusan pengamal media perlu MEMIKIRKANNYA lebih serius perkara ini.





Thursday, September 1, 2011

Igauan Aidilfitri

Salam Aidilfitri hari ke-3 (kejap je rasanya kan)
Tersenyum sendiri kak berry bila menerima sms mantan bos dengan sms ucapan Aidilfitri berbunyi :- ' Indah langit kerana awan, Indah laut kerana kebiruan, Ingat Ramadan kerana keinsafan & Ingat Aidilfitri kerana kemaafan'. Begitunya indah karangan bait2 kata yang sememangnya tepat dengan diksinya.
Dalam keseronokan meraikan kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang di Universiti Ramadan, sewajarnya kejayaan mengengam Ijazah Aidilfitri perlu diraikan oleh semua umat Muhammad S.A.W. Namun kekadang kita alfa dan leka dalam memberikan pertimbangan dan kewajaran. Perasaan tersentuh & terkilan menyelubungi Aidilfitri kak berry hari ini. Sukar nak digambarkan dengan kata2, terkunci mulut berbicara, tak terjangkal dek akal budiman, tak terhitung segala permasalahan. Bermadah pujangga menzahirkan kekecewaan. Bukan kehidupan kak berry maksudkan disini tetapi ada insan yang berhati walang disaat orang lain ceria bukan kepalang. Menangis tiada berair mata, melaung tiada bersuara kerana dek angkara salah sengketa, suami bertindak melulu tanpa dibicara. Keputusan muktamad tiada hariraya buat mereka berdua bersama anakanda dan anak yang bakal dilahirkan juga.
Kenapa sebegitu rupa, Aidilfitri mulia tiada kemaafan dipinta. Kesian mereka berdua, Aidilfitri kali ini hanyalah igauan mimpi disiang hari. Tiada juadah ketupat rendang, tiada istilah kueh raya malah jauh sekali anaknya pula mendapat duit raya.
Salahkah si isteri yang tidak tahu kenapa diperlaku sebegini, egonya suami tidak pernah berhenti. Putus hubungan sebarang talian, tiada panggilan di Aidilfitri. Ditinggalkan sepi si isteri menyuap nasi tanpa juadah Aildilfitri, demi menyambung kehidupan sehari-hari. Kenapa?begitu tergamak sang suami...tak terjangkal dek akal kak berry! masih ada mentaliti begini. Keluarga dikampung dibuat sepi tanpa berpenghuni, dianggap semuanya dah tidak bererti sedangkan sang keluarga menanti penuh ikhlas hati.
Merayu sang isteri memujuk sang suami untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarga yang menanti. Tidak dihirau sang suami, tetap keras dan membatu hati. Keputusan muktamad, Aidilfitri tiada erti.
Duhai hati sang suami, kasihanilah sang isteri. Hapuskanlah yang rajuk, kerana merosakan hati dan budi. Berdoalah sang isteri agar suaminya kembali menjadi realiti, tiada lagi seperti begini. Doaku sentiasa mengiringimu sang isteri, seorang teman rapat kak berry...kisahnya menjadikan kak berry resah hati. Insyallah didoakan ada sinar dikemudian hari agar Igauan Aidilfitri kembali bersemi menjadi kenangan bererti kelak nanti.