Monday, October 24, 2011

Ceritera Konvokesyen Ke-7 UTeM

Salam semua!
Alhamdulillah dapatlah kak berry memanjatkan rasa kesyukuran yang teramat sangat ke hadrat Illahi dengan izinNYA telah berjaya menyempurnakan tugasan pada Majlis Konvokesyen UTeM ke-7 pada 22 dan 23 Oktober 2011.
Bermula dengan mengetuai pasukan yang mengurusan pengagihan jubah staf akademik, kak berry juga merupakan ketua jawatankuasa kecil pengurusan jubah VVIP. Ini bermakna kak berry akan bertugas sepenuh masa di Bilik Canselor & Pro Canselor pada 22 & 23 Oktober 2011.
Untuk Majlis Makan Malam, kak berry dan juga rakan2 emcee yang lain diundang untuk membacakan pantun sempena perlancaran BUKU Tranformasi satu perjalanan yang kisah penceritaannya melalui pantun dan bergambar dihujung awal tahun 2010 sehinggalah Ogos 2011.
Alhamdullilah, pengalaman pertama berjaya juga dan tugasan diselesaikan dengan bantuan ahli pasukan yang lain. Thanks guys!! really appreciate.

posing dgn Jubah Ahli LPU

Senate Members from left Registrar, FKE Dean & Bursary

Jemputan Makan Malam -
En. Azmi, Nad, Amir, Kak berry, Rahman & Salleh

Kak berry & Ruziah

Posing saje:)

lagi posing :))

Pasukan kak berry - faizal, erwan & zamani

Yes!!! tq B for special gift

mcm i yg konvo kannn?



Monday, October 17, 2011

Anugerah Akademik Universiti

Salam Semua!!!
Berjaya kak berry curik masa nk updated vlog kesayanganku ini. Ye lah minggu ini merupakan kemuncak kesibukan apalah telah diwartakan sebagai Minggu SIBUK seUTeM, haha:)) yelah konvokesyen sudah maw mari weh. Mulai hari ini bakal2 graduan akan mula mengambil jubah sempena konvokesyen UTeM ke-7....no..no..bukan itu maw kak berry story untuk kali ini after konvo nanti kak berry post okayh darl.
Anyway, hari ni kak berry nk story sket pasal Majlis Anugerah Akademik Universiti untuk tahun 2010 di mana semua Pensyarah yang memenuhi kriteria-kriteria asas untuk di berikan Anugerah akan diumukan sebagai Penerima. Hadiah kepada semua calon-calon akhir akan menerima RM500 berserta sijil dan yang best semestinya yang menerima Hadiah Utama mendapat RM 5,000 dan mendapat trofi. As ussually, kak berry diberikan peranan sebagai emcee untuk malam tersebut. Banyak gak job untuk jadi emcee yang kak berry tolak sejak akhir2 ini kerana kengkangan tugas tapi untuk majlis ini, kak berry tak sampai hati nak tolak dan adalah juga ruang2 waktu yang mengizinkan kak berry untuk beraksi pada malam itu...wahh kelasssss ko berry ayat tak bleh blah...hahaha:))
So santapan mata korang untuk Majlis Anugerah Akademik tempohari...

wit dayah


Couple emcee that night

The Team AAU

Friday, October 14, 2011

Beraninya CIPLAK!!!

Salam Jumaat buat semua rakan2 kak berry!
Al-kisah di pagi jumaat yang indah permai dan penghulu segala hari ini kami WARGA UTeM gempar bila staf UTeM berjaya mengesan dari laman sesawang Pusat Pengajian Tinggi lain yang secara terang-terangnya MENIRU/MENCIPLAK karya kreatif yang merupakan konsep MAJLIS KONVOKESYEN UTeM Ke-6 yang lalu. Pada awalnya, dimaklumkan bahawa cokmar UTeM yang menjadi lambang ISTIADAT Majlis Konvokesyen UTeM pun telah ditiru. Terang-terang dalam laman sesawangnya mengenai konsep warna, tulisan dan cokmar dijadikan konsep Konvokesyen mereka. Apakah?. So kak berry letakkan gambar laman sesawang mereka yer, walaupun terkini dengarnya telah mengubah konsep cokmar kepada mortarboard. Apapun, UTeM telah menyediakan segala bukti atas hak penciptaan ini. Tunggulah korang siaplah.
Asal

Baru ditukar beberapa minit yang lalu

Sesiapa yang nak tengok dari laman sesawang ASWARA boleh ke www.tonton.com.my, klik ke WHI episod 195 minit temubual 34:43 bersama Dekan Fakulti Teater ada menunjukkan laman sesawang ini sebelum ditukar kepada yang baru.

moral of story : Bukan senang nak senang dik oii (pereka grafik punya keja lah ni, ASWARA pasti akan ambil tindakan ke atasnya) suka-suka ciplak hak cipta Universiti lain dan claim hasil karya sendiri...Aduhai!!!

Monday, October 10, 2011

Perfume Farm Contest

Hello All My Frend,
I'm so impress when perfume farm follow my cutest blog then drop comment invite to join this contest. So, now i'm annouce to all my frend i'm very interested to join this contest. Yayyyyy!!!
What should you do to win the fabulous prize from Victoria's Secret?
1. Write an entry entitled "PERFUMES FARM CONTEST"
2. Put your most cheerful picture inside your entry.
3. Link your entry to this site.
4. Comment this entry and put your entry link so that I can visit your page.
5. The most cheerful picture will be the winner.
so, for this requirement i'm should put the most cheerful picture inside my lovely entry PERFUME FARM CONTEST...so here i put my cheerful picture with my office colleague

So, i'm wanna hope to grab this Victoria's Secret Fragrance Mist...I wish to win :))wee...plz2 perfume farm.....


For all frend, plz wish me luck:)) yippy.

Friday, October 7, 2011

Penang Made My Day:))

Salam semua kawan2,
Lama gak ye kak berry tak updated vlogku neh.
Ye lah, kak berry kan baru je balik dari outstation last week kannnn so paham2 jelah, sebelum pergi semua keje telahpun diselesaikan dengan bijaksana balik jew, keje2 lain dah menanti bertimbun2...aduyai, kak berry tak perlu kata apa2 cuma SENYUM jew la kannn.
Bermula pada sabtu kak berry dah bergerak ke Bukit Merah Laketown Resort sampailah ahad (2 Oktober 2011). Stay one night kat sana, kak berry meneruskan perjalanan ke Pulau Mutiara.
Alhamdullilah, selepas 4 tahun barulah kak berry datang kembali ke Pulau Mutiara ini. Last datang pun masa dengan family abg daud dan juga mud (masa tu dia study kt MRSM Transkrian lagi) lama tak?lama kannnn cik Mud:)))
Hati girang gumbira sampai je destinasi yang dituju iaitu Hotel Hydro Penang, Batu Feringhi. Wow, mabelos lah hotelnya cantek sgt2 dengan sinergi dan pemandangan yang superblah.. After check in, kak berry dan Bi merehat-rehatkan diri sebelum keluar ke Feringhi Walk untuk menjamu selera..lapar sangat2 hehe:)) menu petang itu ialah Nasi Goreng Udang dan kak berry makan kueh teow ladna jew..Dah kenyang, kami pun balik ke hotel kerana malam nanti nak ke Feringhi Night Market...wow macam best jew kann?tungguuuuuuu:))Tibalah malam yang ditunggu2 neh, so kak berry dan Bi pegilah ke night market. Agak panjang gak night market kt sini lebih 5km rasanya...best gak night market ni, mcm2 ada jual. Sesekali rasa mcm kt beijing dan bandung plak...sebab banyak barang2 dari sana yang dijual kt sini. Murah2 gaklah (tp kalau beli kt beijing dan bandung direct lagi murah taw!!!)maybe dah siap costing shipping kan..so first night neh, just window shopping jew lah kan...hahaha:) so tomorrow kak berry akan repeat night market ni....puhhh:))
2nd day kat Batu Feringhi ni, selepas abis kursus kepimpinan 360 darjah...(wah kelass ko tajuk tak menahan kannn) kak berry dan Bi meneruskan xtvt sukan yang baru semenjak dua menjak ni rajin berjoging...hihii:) so petang tu, kami pun joging kt Miami Beach Bay, Batu Feringhi. Perghh nama x nak blah (hihi, kata2 budak2 muda skunk ni kan) adoi rosak bahasa ibundaku..huhu:) itulah hakikat mmg tersurat nama pantai ini dengan nama miami beach....lepas jogging a.k.a jalan2 je tepi pantai...hehe:) lepas tu balik hotel, solat dan keluar untuk dinner dan repeat ke night market.. pesanan telah diterima oleh staf kak berry suh belikan minyak wangi...katanya kt sini murah2 (minyak ori tp biasalah seludup maa) puh..betul ke tak kak berry tak kisah janji tlg belikan je lah...so kak berry pun terjebak membeli minyak wangi. Ala kata orang for fun gitew!!!murah je kot so layannnnnnn...
3rd day kat sini, lepas kursus kali ni B ajak pegi gym plak....ape B g gym?oklah i follow jew...sampai kt gym, masing2 menggunakan alat2 yg ada kt gym tu. Maka berxtvt sukanlah kami berdua neh dgn gigihnya...hihik2. Kak berry nek basikal tu je pergh penat mengayuh...alhamdulillah, sekarang ni laju sket kayuhannya..(nk bgtau dah kurus lah tu). Lepas xtvt kt gym, B ajak ke Miami Beach lagi...cuci2 mata katanya dan ambil udara segar petang2 neh...kami pun bergerak dengan pantasnya ke Miami Beach...Al-kisahnya terjumpa lak kak berry dengan adik yang baik dengan kami semasa dia menjadi pelajar kt KYM dulu.. masyallah lama betul tak jumpa rasanya...kalau tak silap dalam 8 tahun rasanya..terjerit2 dia panggil kak berry dan berlari sambil kami berpelukan gembira. Itulah namanya jodoh kan?sbb kak berry dan B mmg bercadang nak call dan jumpa dia kalau freelah, dpt nombor telefon pun ex-BF dia yang bagi kt B yang kita org jumpa masa raya Aidilfitri baru ni..itulah dinamakan dengan Izin Allah, dilorongkan hati Ida ke pantai yang sama kak berry bersantai plak tu....Terima Kasih ALLAH:))
4day selepas abis kursus, we all dah bergerak ke padang kota lama. yelah pamos di Penang ni. Kak berry makan char kuay teow dan cendul pulut. Lepas tu, kami pun menuju ke jambatan pulau pinang untuk keluar pulau sebelum jam 6ptg. Kami menuju ke permatang pauh sebab nak jumpa sorang lagi yang baik dgn kami (dah mcm adik angkatlah kiranya). Kami terus ke Hotel UiTM Permatang Pauh, lepas check in dan merehatkan diri. Malam tu, mazly dan isterinya menjemput kami untuk jalan2 kt permatang pauh. Lepas makan malam yang ditaja oleh mazly neh...tq dik:)), kami pun pegi uptown berhampiran..bleh tahan gak lah uptownnya ni, cuba tak banyak yang berniaga sebab pelajar UiTM, Politeknik dan Kolej Komuniti ada yang bercuti...ye lah mereka tu jelah yang melariskan semua yang dijual disitukann....sempat gaklah kami singgah ke kedai mazly ni mcm2 ada jual handpone, top up dan juga sewa kereta....baguslah muda2 dah menceburi bidang perniagaan...so korang kt penang bleh contact depa ni utk sewa kereta yer...
5day di penang, akhir kami pun meneruskan perjalanan balik ke melaka. Kami singgah sekejap di S.Alam untuk berjumpa dengan adinda lelaki sorang ni yang asyik2 bosan jew status FB nyer...hehe:)))lepas pekena nan chesse, rojak dan nasi goreng, kami pun mnghantarnya pulang ke Kolej Jati..walaupun kejap je jumpa, alhamdullilah dapatlah juga melepaskan rindu (hahaha rindu kew)
6 day, we are on track....maknanye kojeeeeeeeeee:))hahaha...kesibukan majlis anugerah akademik dan majlis konvokesyen dah mula menghantui kak berry. Oh yeah?


posing jap kt nightmarket yang jual lampu2


Minyak wangi yang staf kak berry pesan:))

kak berry jejak kasih dengan Ida @miami beach

Wife mazly posing di kedainya:))


Banner for advertising:))

Saturday, October 1, 2011

Harapan Bajet 2012

Salam semua rakan2
Dah 5 hari kak berry tidak updated vlog kesayangan ini. Al-maklumlah banyak kerjaan dipejabat yang perlu diselesaikan sebelum menjelangnya Oktober. Terkini, kak berry sibuk menyiapkan kerja-kerja disamping menghadapi Audit pematuhan MS ISO 9001:2008. Alhamdullilah, penutup mesyuarat audit berakhir dengan cemerlang.. tahniah kepada semua rakan2 yang sama2 menjadi pemilik proses bagi audit ini. Sehingga hari ini, kak berry sibuk menyiapkan tugasan kerja sebelum kak berry outstation mulai 1 Oktober sampailah 5 Oktober 2011. Lokasi?hehe:))) perak dan penang jew. September berlalu dengan penuh kegemilangan, kedatangan Oktober penuh cabaran. Pelbagai tugasan berat dah mula menanti Oktober ini, nak tak nak kenalah harungi jugak kannnn...
Semoga pembentangan bajet oleh PM pada 7 Oktober ini memberikan PERKHABARAN gembira buat kami penjawat awam neh...dengar2 cite ada skim baru iaitu skim gaji satu lapis dan kenaikan sehingga 40%. Kalau benarlah apa yang digembar gemburkan ini, alhamdullilah kemungkinan kenaikan RM300 sehingga RM700. Bajet PRU-13 katanya. Bagi kak berry tak kisah lah apa pun, tapi ianya wajar diselaraskan semula selepas tahun 2002. Agak lama tidak ada pelarasan. Yelah kos hidup makin meningkat, gaji penjawat awam masih statik ditakuk lama berbanding dengan swasta dan GLC. Bonus pun sekadar saguthati RM500 dan setengah bulan gaji je. Ala bisa tekal biasa. Dah terlalu biasa dapat macam tu jadi penjawat awam malas dah nak mengharap lebih2 takut terus mengharap je. Semoga apa yang dikhabarkan ini menjadi realiti baru mereka ini melepasi kadar kemiskinan. Jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan pendapatan per kapita rakyat malaysia dengan negara lain terutama negara jiran Singapura.
Apa2pun tunggulah 7 Oktober ini jam 3ptg, adakah sekadar impian ataupun menjadi realiti lebih 1.2 juta penjawat awam yang dah letih berharap dan mengharap.
Pesanan kak berry kepada semua sama2lah kita berdoa yer agar menjadi realiti. Ameen =..=