Wednesday, July 21, 2010

Buku Pilihanku : Indahnya Hidup Bersyariat

Salam semua blogger!
Aku nak share ngan korang buku pilihanku untuk bulai Julai ni iaitu Indahnya hidup bersyariat (modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat). Buku ini ditulis oleh tokoh yang tak asing lagi iaitu Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid. Buku setebal 308 muka surat ini sarat dengan ilmu dan sewajarnya dimiliki semua orang muslim. Harga yang amat berpatutan (RM55) terbitan telaga biru memberikan panduan fardu ain dan fardu kifayah kepada muslim (ibu bapa dan untuk anak-anak). Buku ini penuh dengan teks yang telah ditranformasikan dalam bentuk rajah, carta, peta minda dan jadual supaya lebih berkesan dan mudah difahami. Tidak syak lagi bahawa inilah buku fardu ain pertama yang berwarna-warni.
Untuk siapa buku ini?
Buku ini sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Wajar dimiliki oleh setiap ketua keluarga untuk dikongsikan segala ilmu didalam buku ini.
Kandungan buku ini?
Merupakan buku fardu ain dan fardu kifayah yang disusun mengikut tahap perkembangan seseorang individu darilah zaman anak-anak, alam remaja, alam dewasa, hidup berkeluarga, bermuamalat, bermasyarakat dan akhirnya menghadapi kematian. Pendekatannya lebih berbentuk 'mesra untuk beramal' dan aplikasi dalam amalan harian.

Cover depan buku

penuh informasi (gambar dan ayat al-quran)

sesuai dijadikan panduan

No comments: