Monday, October 24, 2011

Ceritera Konvokesyen Ke-7 UTeM

Salam semua!
Alhamdulillah dapatlah kak berry memanjatkan rasa kesyukuran yang teramat sangat ke hadrat Illahi dengan izinNYA telah berjaya menyempurnakan tugasan pada Majlis Konvokesyen UTeM ke-7 pada 22 dan 23 Oktober 2011.
Bermula dengan mengetuai pasukan yang mengurusan pengagihan jubah staf akademik, kak berry juga merupakan ketua jawatankuasa kecil pengurusan jubah VVIP. Ini bermakna kak berry akan bertugas sepenuh masa di Bilik Canselor & Pro Canselor pada 22 & 23 Oktober 2011.
Untuk Majlis Makan Malam, kak berry dan juga rakan2 emcee yang lain diundang untuk membacakan pantun sempena perlancaran BUKU Tranformasi satu perjalanan yang kisah penceritaannya melalui pantun dan bergambar dihujung awal tahun 2010 sehinggalah Ogos 2011.
Alhamdullilah, pengalaman pertama berjaya juga dan tugasan diselesaikan dengan bantuan ahli pasukan yang lain. Thanks guys!! really appreciate.

posing dgn Jubah Ahli LPU

Senate Members from left Registrar, FKE Dean & Bursary

Jemputan Makan Malam -
En. Azmi, Nad, Amir, Kak berry, Rahman & Salleh

Kak berry & Ruziah

Posing saje:)

lagi posing :))

Pasukan kak berry - faizal, erwan & zamani

Yes!!! tq B for special gift

mcm i yg konvo kannn?



2 comments:

Strawberi_ungu said...

tahniah akak!..

Cik Amni said...

kalau tak baca entri dari mula, tgk gambar je, memang ingat akak yg konvo.. hehehehehehe...