Thursday, July 29, 2010

Program Selangkah Ke Universiti

http://www.emocutez.com

Hye Blogger!

Alhamdullilah berakhirlah sudah Majlis Penutup Program Selangkah Ke Universiti (BAKTI kerjasama KPT dan UTe)M pada 27 Julai 2010. Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan 14 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) meluaskan program memperkasa rakyat melalui usaha meningkatkan kesedaran pelajar sekolah luar bandar melalui inisiatif Selangkah Ke Universiti. Majlis pelancaran program Selangkah Ke Universiti telah diadakan di UPM pada 16 April yang lalu. BAKTI dan Kementerian Pengajian Tinggi telah memilih UTeM sebagai tuan rumah bagi Majlis Penutup program ini. Selangkah Ke Universiti merupakan program sehari dimana pelajar akan dibawa ke Universiti dan menjalani proses penerapan dan pendedahan kampus yang bertujuan untuk lebih mengenali kehidupan di kampus. Pelajar-pelajar yang dipilih adalah dari 6 parlimen iaitu Pagoh, Muar, Segamat, Bukit Katil, Tangga Batu dan Masjid Tanah. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YABerbahagia Datin Seri Datuk Wira Hjh Asmah Abdul Rahman, isteri Ketua Menteri Melaka dan turut dihadiri oleh Isteri2 Menteri dan Timbalan2 Menteri (yang masih ingat namanya Datin Wira Rahimi Yeop, Datin Azlina Ahmad, Datin Melissa Sheren, Datin Umarani Subramaniam).Seperti biasa, aku adalah emcee majlis tu....hihihi=) nanti akan ku tempekkan gambar2 menarik sepanjang majlis ni ye...so korang tunggu eh!

No comments: