Wednesday, August 17, 2011

:: Pemilik Swift Watch Out ::

Salam Nuzul Quran 1432 H kepada semua rakan2 blogger semua.

Lama dah kak berry simpan story ni, so kali ni kak berry publishkan yer...

pasal ape?ish3 sudah terang lagi bersuluh...taraaaaaaaaaa

nak dijadikan cerita pada sabtu yang lepas (13 Ogos) samalah date retreat The Brother's

berlakulah kejadian pecah cermin tingkap kereta kembar Bi...a.k.a angah. Masa kejadian kita org tak pasti sebab semasa kereta diparkir di hadapan kedai jam 7mlm (berbuka di Ayam Penyet Lambongan, MITC) lepas tu Bi g terawih dan angah & family dan Jasmin & Family mula2 bershoping kt kot fesyen (jln kaki je) ye lah mereka solat jamak je sbb direct from selangor. Mula2 kak berry join diaorg, tp lepas terawih Bi call suh jumpa kt ayup bistro untuk retreat The Brother's tu. So group dah berpecah. Dalam lingkungan 12.15mlm (kalau x silap lah) angah call bgtau kereta swiftnya kena pecah...we all dgn team retreat The Brother's bergegas ke tempat parkir kereta kami tadi.

Sah...cermin tingkap (seat belakang pemandu) telah tiada (mana peginya?) cermin tu duk elok2 sebelah pintu belakang kereta, sekeping cermin tu retak 1000 lah tp dari pandangan mata kasar mmg profesional betul perompak neh. Terlopong jek pintu kereta belah kanan tu, mula2 kata angah dia sempat lagi cakap "eh cermin kereta sape plak ni"? bila dah masuk kereta baru perasan cermin kereta dia rupanya.

Tanpa berlengah, kami semua ke balai polis berhampiran (so balai polis di Tasik Utama). Sebok angah buat laporan dengan polis, kami pun berbual2 dengan seorang polis. Rupa-rupanya barulah kami tau bahawa ini adalah kejadian kedua pecah cermin kereta swift (cara pecah ,lokasi dan barang yang diambil adalah sama). Mengikut cerita polis tu, pemilik swift yang awal2 tu (orang JB) berlaku dalam jam 8.30 mlm iaitu kereta parkir berhadapan blok kedai yang kami turut parkir disitu. Beg baju dicuri (dalam beg baju ada RM1000) dan karpet baru beli pun turut dikebasnya.

Dalam kes angah ni, beg sandang (ada baju, kelengkapan mandi dan ubat2 je ada) dicurinya. Beg telekong dibuka sahaja (pencuri tak perasan dibawah telekong ada dompet dan handphone) alhamdullilah pencuri tak nampak atau dah tergesa-gesa nak blah..selesai buat laporan polis kami pun beredar...yang pasti angah kena buat cermin pintu belakang....(esoknya angah buat dengan Kedai Dr. Cermin so kopaklah RM250. Nasib baik ada kalau tak kena oder plak lagilah nak raya ni mau pakai plastik je lah nampaknya cermin kt pintu belakang tu..hehe


moral of the story : perompak profesional kereta swift semakin berleluasa di Melaka, mungkin juga dinegeri-negeri lain. Beg ataupun barang2 berharga letaklah di bonet kereta untuk langkah selamat. Laptop/netbook tak payah lah bawak kalau nk jalan2 jauh (kecuali sedia nk menjinjingnya ke sana kemari) senang cerita beli jek Galaxy Tab or Ipad senang dibawa ke mana2 mcm kak berry letak dalam handbag jek. hehe promote nampak?.





:: pemilik kereta swift berhati2lah...


No comments: