Tuesday, August 30, 2011

Salam Lebaran 1432H

Salam Lebaran semua blogger Malaysia dan salam lebaran esok yang berada di Brunei, Indonesia & Australia (selain Adelaide & Sydney).
Yeah2...alhamdullilah bersyukur kehadrat Illahi dapatlah kita beraya pada hari ini 30 Ogos 2011. Bermula dengan solat sunat Aidilfitri, kak berry bersama Bi, Umi dan Adik menziarahi pusara bonda, ayahanda, nenda (belah Bi). Selesai dari pusara, kami pulang ke rumah dan bersiap2 nak beraya ke rumah nenda a.k.a Wan. Beraya di rumah wan, kami berjumpa dengan makcik, busu dan anak2 makcik (syazwan dan syafiq) suami makcik beraya di kedah. Sejam kami di sana, kami meneruskan perjalanan ke rumah nenek di kampung seri menanti sengkang muar, johor. Terasa jauh juga perjalanan disebabkan kereta begitu banyak di jalanraya. Di sepanjang jalan, dapat diperhatikan orang menziarihi pusara dan kunjung-mengunjung beraya. ..hampir 2jam kami disana, kami pun pulang ke rumah untuk menanti pula orang datang beraya sambil menunggu nak skype dengan cik Mud....hehe:)sempat gitu..sedikit bingkisan gambar2 sepanjang hariraya hari ini...hehe:)))
:: kredit to adik ambilkan this photo)))
(selepas menziarahi pusara)

posing kat rumah plak...hehe:))

adik dapat duit raya yeahh3

Umi the gorjes mum in LAW;)

wit Bi...

huhu:))) i'm new look..baju besar ok L saiz!!!
keep it up babey....lum sampai target okayh!!

nenda Hjh Manisah Selamat...senyum nek:)))

Umi bersama kak pah di rumah nenek di muar.

Akhir kalam, punyelah lambat kak berry nk upload pic2 ni tadi almaklumlah cuti2 neh streamyx pun mau raya....huhu:)salam sayang sesuci lebaran buat semua.....MERDEKA!!!!(telahpun disambut ketika kak berry menyiapkan posting ini sampai kepenghujungnya...)

Monday, August 29, 2011

Juri Awam Contest Duit Raya di 1Kampus.com

Salam sesuci lebaran...yeahhhh esok raya!!!! (30 Ogos 2011)
Alhamdullilah, selesai ramadan kini syawal muncul. Begitu jugalah tugas kak berry sebagai juri awam untuk pertandingan Contest Duit Raya 1Kampus.com. Terima kasih kepada Kasih Alia yang mengundang kak berry sebagai juri awam. Tugas2 untuk membantu penganjur dalam memberikan LIKE kepada blogger2 yang menyertai pertandingan ini. Seramai 30 blogger yang menyertai contest duit raya 1kampus.com ini. Secara keseluruhannya, semua blogger memberikan entry yang menarik dan ditambah dengan blog yang cantik berinteraktif. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang2 yer. Kandungan entry yang berimiginatif kreatif, senang dibaca, tidak serabut dan banyak informasi merupakan extra effort blogger. Apa2pun kalah atau menang bukanlah ukuran betul tak?penyatuan 1kampus digelangang interaktif ini yang penting disamping menjadi wardah jaringan ukhuwah, ramai blogger baru dapat berkenalan antara satu sama lain. Begitu dengan kak berry, walaupun setahun jagung dalam dunia blog2 neh penghargaan untuk kak berry menjadi juri awam banyak membantu menambah input berguna dan interaktif dalam menulis blog pada masa akan datang, cuma antara ada masa dan tidak sahaja untuk memastikan blog nampak segar dan berinovasi.

:: sebahagian emel daripada kasih alia yang mengundang sebagai juri::

Keputusan pemenang pun dah diumumkan, barulah kak berry buat entry pasal neh....tahniah kepada semua pemenang dan selamat hari raya Aidilfitri 1432H.

*Monday Blues*

Salam 29 Ramadan!!!

Nape x percaya ker kak berry on duty pada hari ini...(hihi...korang jahat taw tawakan kak berry). Al-kisah kak berry on duty hari ini bersamalah dengan staf2 yang lain. Alasannya, sebab kak berry akan bercuti panjang mulai esok (yeahhhhhhhhh raya sudah:))) sampailah 6 September 2011. Lama ker?oraitlah tu kan....so kak berry dengan ini bekerjalah!!!!tp tu lah kan, monday bluesssss sgt2...(sedey sob3 di hari2 membantai ni masih koje lae den neh ha). Sesuai dengan mood nak raya, kak berry asyik mendengar lagu2 raya je kt opis ni...lagu Johan Maharajalawak http://adf.ly/2Tkzt ...dan mendengar ucapan raya Farid Kamil...http://adf.ly/2TkiC ...hehe, orang kata keje main2lah!!!. Tetiba, kak berry dapat call dari parents pasal pendaftaran pelajar baru 4 Sept ni..menurut ibu bakal pelajar itu, UTeM menangguhkan tarikh kemasukan kepada 9 Sept...dengan pantas (tp sopan menjawabnya) pihak UTeM tidak menangguhpun tarikh kemasukan..ish2 pepandai je budak2 ni bgtau parents dia...

Itulah kisah kak berry pagi ni yer....saje nak kongsi dengan korang)))))huhu...(melayan kesedihan sambil mengesat airmata uwaaaaaa!!! teringat arwah bonda & ayahanda terChenTa...(Al-Fatihah buat Buang Bin Puteh dan Sariyah Bte Md Dom)


Sunday, August 28, 2011

Syoknya nak raya *wink*

Salam 28 Ramadan kawan2,

Kejap jek rasanya Ramadan dah nak sampai ke penghujungnya. Aidilfitri yang dinanti akan kunjung tiba beberapa hari je lagik. Kepada perantau2 yang nak balik ke kampung, hati2 dijalan raya yer...dengarkan info trafik sinarfm http://adf.ly/2TOHw yer, agar yang menanti senyum keriangan bukannya tangisan akhiri ketibaan. Bagi adik2 yang pertama kali beraya di luar negara seperti mud dan aisya tu jangan sedih2 yer...jumpa Dis nanti!!!walaupun mud ada kuliah on the first Aidilfitri, itulah coretan kejayaan yang akan dilaritkan di memori untuk diceritakan kepada anak2 nanti yer betapa kepayahan menimba ilmu di negara orang...sob2 (serius sedih gak). So perancangan raya tahun ini, kak berry bersama suami, mak mertua dan adik akan beraya ke kampung sengkang muar pada hariraya pertama disamping menziarahi nenda a.k.a wan ye lah kali pertama beraya tanpa suami..Al-fatihah

Friday, August 26, 2011

:: Malam Tujuh Likur ::

Salam malam ke 27 Ramadan!!!
Kak berry nak berkongsi tentang malam ke 27 Ramadan ataupun ramai yang memanggilnya malam TUJUH likur..
Pada setiap malam Ramadhan ke-27 amat signifikan dengan malam Lailatul Qadar yang merupakan ‘bonus’ kepada Umat Rasulullah Muhammad S.A.W. Kelebihan malam ini di sebut dalam al-Quran Al-Qadr melebihi bulan-bulan lain seribu kali ganda.
Terjemahan surah Al-Qadr:

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Hadis Riwayat Al-Bukhari juga meriwayatkan malam ke-27 merupakan salah satu daripada malam-malam yang mungkin merupakan malam tersebut:

Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Bagi masyarakat Melayu, malam ke-27 merupakan malam yang agak istimewa dan menggelarkan malam ini sebagai Malam Tujuh Likur. Lazimnya pada malam yang istimewa ini masyarakat kampung Melayu akan menghiaskan halaman rumah mereka dengan panjut atau pelita. Sesetengah tempat pula akan mengadakan kenduri atau jamuan kecil-kecilan bagi meraikan malam tersebut. Amalan ini merupakan satu adat sahaja dan tidak ada hadis atau perintah syariat yang menyuruh kepada sambutan malam ini.

Tidak dapat di pastikan secara tepat mengenai bilakah amalan ini dimulakan oleh orang-orang Melayu. Tetapi terdapat catatan yang menyatakan bahawa amalan memasang panjut atau pelita merupakan salah satu tanda untuk memberikan panduan kepada tetamu-tetamu yang dijemput menghadiri jamuan kecil sempena malam tujuh likur. Ini kerana pada zaman dulu jalan-jalan kampung masih tidak ada lampu jalan dan elektrik. Hanya panjut-panjut ini menjadi penanda bagi lokasi rumah yang mengadakan jamuan tersebut. Secara logiknya adalah sedemikian..

Amalan ini rasanya masih segar bagi orang-orang Melayu di kawasan desa atau pinggir bandar sehingga hari ini.. namun saya tak tahu apakah maksud sambutan malam tujuh likur ini masih lagi difahami oleh generasi muda atau sekadar satu lagi amalan yang tidak difahami…

:: sumber ehsan Dianis

Thursday, August 25, 2011

Last Week Shopping *wink*

Salam semua,


Kejap je dah hari ke-25 Ramadan kita semua berpuasa. Macam2 cerita suka-duka dilalui. Bagi kakitangan kerajaan mcm kak berry ni, jadilah dapat 1/2 bulan gaji...huhu:) kalau swasta tu terpulang kepada syarikat masing2 yer...dengar cite sampai 24 bulan pun ado!!!oooomangggai...banyak tu. Alhamdullilah je yer...berbalik kepada topik asal kak berry, last week shopping ni. U alls yang masih belum berkesempatan untuk membeli belah so korang bleh lah cuci2 mata kt LINK ni beli handbag, baju atau apa sahajalah yang dipikirkan perlu dibeli....http://adf.ly/2Rc25 & http://adf.ly/2REWu

Wednesday, August 24, 2011

IKEA promotion!!!!

Surprise!!!!!!!!!! (bayangkan dengan nada ERIC LEONG ohkay)


Semua pencinta2 barangan IKEA...mcm2 ada, grabs before Aidilfitri. More design, cantek2, inovasi dan harga...ermmmmmmmm berbaloi2. Jom2 cepat KLIK kat link ini yer.. http://adf.ly/2Rfsh & http://www.churpchurp.com/httpstraw-berry-purpleblogspotcom/share/ikea-elp

Tuesday, August 23, 2011

#ChurpChurp! Don't miss out on the fun here!!!!



Salam, just nak sharing dengan korang semua mengenai #churpChurp! ini. Don't miss out on the fun here. So apa tunggu lagi, jom sertai sekarang!!!. Jom ajak rakan2 untuk sertainya sekarang..bermacam2 ganjaran akan diberikan disamping anda berkongsi maklumat dan promosi2 hebat. Jom ke KLIK link dibawah :-http://www.churpchurp.com/httpstraw-berry-purpleblogspotcom/share/churpchurp-invite

Monday, August 22, 2011

::Jom Menang Duit Raya::




Kak berry nak kongsi dengan korang semua tentang kempen ramadan tanpa rokok. Nafas Ramadan Tanpa Rokok. Meriahkan Aidilfitri Anda dengan memenangi duit raya!!!. Hantarkan gambar kreatif anda berserta ucapan yang menarik sempena "Kempen Ramadan Tanpa Rokok" dan bawa pulang wang tunai sehingga RM1,000!!!. berminat? apa tunggu lagi, jom sertai... just klik link dibawah ni yer . Silalah ke page taw..... http://www.facebook.com/TAK.NAK.MEROKOK?sk=app_190322544333196#!/TAK.NAK.MEROKOK?sk=app_117049981714413




Now Grabs - Lailatul Qadr ( 10 Malam Terakhir)

Salam 22 Ramadan 1432H,

Bersyukur kehadrat ILLAHI dengan limpah dan IzinNYA dapatlah kita semua berpuasa hari ke-22 Ramadan tahun ini. Alhamdullilah. Bulan Ramadan hampir kepenghujungnya, wahai rakan2 semua marilah kita bersama-sama mencari pahala pada 10 malam terakhir kerana 10 malam terakhir ini " Di malam itu (lailatul Qadr) malaikat dan roh turun dengan Izin Tuhan mereka..."(Al-Quran)

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr?. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan Roh turun pada malam itu dengan Izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut, sehingga naik Fajar " (Al-Quran).

Di antara ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamullail, puasa fardu, berbuka, solat terawih, tilawah Al-Quran, berdoa, berzikir, istighfar, muhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga, dakwah dan sebagainya.




Saturday, August 20, 2011

Kempen Hias Laman Web/Blog 2011

Salam Semua,


Hujan rahmat membasahi bumi melaka mengiringi keberkatan ramadan ke 20 hari ini. InsyAllah. Kak berry terbaca di ruangan paper utusan mengenai kempen merdeka yang sedang giat dijalankan iaitu kempen menghias kenderaan dan web/blog sempena kemerdekaan tahun 2011. So kalau korang berminat nak join, bolehlah join hadiah memang berbaloi2, tempat pertama RM 7,500....

Bagaimanakah caranya:

Caranya mudah, cuma hiaskan web/blog anda dengan Jalur Gemilang dengan cara paling kreatif bagi mengambarkan kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan Ogos-September.

Setiap laman web/blog yang dipertandingkan, mestilah dihiasi dengan logo rasmi kempen dan bendera Jalur Gemilang.

Rakam foto web/blog anda dengan menggunakan kaedah screenshoot dan hantar kepada penganjur untuk dinilai.



Kak berry sharekan link ini untuk korang turut serta yer.... http://xtive.utusan.com.my/kempen_merdeka/web.php. So lepas ini, kepada blogger2 yang berminat bolehlah sertai yer....

Friday, August 19, 2011

:: Tahniah Zul Ariffin & Abby Abadi ::

Salam,
Alhamdulillah sambil menghitung perginya Ramadan dan hadirnya Syawal, hari ini kak berry terbaca entry kisah luahan cinta Zul Ariffin & Abby Abadi. Wow sungguh romantis gitewww..Akhirnya mereka saling menyayangi antara satu sama lain. Buat Zul, jagalah Abby elok2 yer...pakej nanti kawen mak dapat 3 anak ready made...comel2 belaka! kak berry salute dengan Abby mendidik, menjaga, membesarkan anak2 yg memerlukan perhatian. Ye lah takut anak2 terkesan dengan penceraian mereka dulu. Nape ek kak berry buat post pasal Abby ni?hehe...memey & norman tak mo? (jawapan dalam hati 'ermmm entahlah kebahagiaan telah dibina dahulu sebelum menghancurkan rumahtangga sendiri so takde yg menarik pun nak expose kat sini...)
Dari kaca mata kak berry, Abby sebenarnya tulang belakang kepada kehidupan mereka sekeluarga sebelum ini. Banyak yang Abby korbankan wang ringgit untuk rumahtangga dan perbelanjaan anak2...paling menyayat hati masa Abby pregnant dan melahirkan anaknya yang bongsu...mana si ayah?sibuk kesana kemari..tup2 kena tangkap khalwat...heboh satu malaysia..yelah malas nak story pasal dia (walaupun minat lakonan norman hakim) mahkamah putuskan tidak bersalah pulak..ermmm xpelah hukum dunia, yang penting disisi ALLAH ada pembalasan sekiranya benar2 berlaku sepertimana yang dilaporkan...wallahualam



Didoakan semoga Abby & Zul Ariffin terus ke jinjang pelamin. Ameen. Kak berry suka follow FB Abby dan Zul Ariffin...huhuhu:)

Thursday, August 18, 2011

"First Giveway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia"



Salam Ramadan,

Melewati tengahari, kak berry melayari Facebook terbaca mengenai contest ini. Bermulalah fasa kak berry mengenali blog Klik1Malaysia dan Tengku Nizam (TN). So kak berry telah mendaftar sebagai rakan blogger di Facebook dan join Klik1Malaysia...puhhh terujalah kan, manalah tau menang ke...so, kak berry pun telah diminta untuk memaklumkan apakah hadiah yang teringin sangat kak berry hajati untuk menang....hehehe. Hot Perfume satu set bernilai RM 100 tajaan Mr Baiz menjadi pujaan..kalau dapat mmg GEMPAKlah. So rakan2 saya pun buleh join contest ni juga. So yang bertuah di tag adalah :








So, harap TN terimalah penyertaan kak berry ni ye... tak sabar rasanya nk tau sbb tarikh tutup lambat lagi tu 28 September 2011. Ish2 lama tu. Xpelah bagus2 menguji kesabarkanku...cewahh

Wednesday, August 17, 2011

:: Pemilik Swift Watch Out ::

Salam Nuzul Quran 1432 H kepada semua rakan2 blogger semua.

Lama dah kak berry simpan story ni, so kali ni kak berry publishkan yer...

pasal ape?ish3 sudah terang lagi bersuluh...taraaaaaaaaaa

nak dijadikan cerita pada sabtu yang lepas (13 Ogos) samalah date retreat The Brother's

berlakulah kejadian pecah cermin tingkap kereta kembar Bi...a.k.a angah. Masa kejadian kita org tak pasti sebab semasa kereta diparkir di hadapan kedai jam 7mlm (berbuka di Ayam Penyet Lambongan, MITC) lepas tu Bi g terawih dan angah & family dan Jasmin & Family mula2 bershoping kt kot fesyen (jln kaki je) ye lah mereka solat jamak je sbb direct from selangor. Mula2 kak berry join diaorg, tp lepas terawih Bi call suh jumpa kt ayup bistro untuk retreat The Brother's tu. So group dah berpecah. Dalam lingkungan 12.15mlm (kalau x silap lah) angah call bgtau kereta swiftnya kena pecah...we all dgn team retreat The Brother's bergegas ke tempat parkir kereta kami tadi.

Sah...cermin tingkap (seat belakang pemandu) telah tiada (mana peginya?) cermin tu duk elok2 sebelah pintu belakang kereta, sekeping cermin tu retak 1000 lah tp dari pandangan mata kasar mmg profesional betul perompak neh. Terlopong jek pintu kereta belah kanan tu, mula2 kata angah dia sempat lagi cakap "eh cermin kereta sape plak ni"? bila dah masuk kereta baru perasan cermin kereta dia rupanya.

Tanpa berlengah, kami semua ke balai polis berhampiran (so balai polis di Tasik Utama). Sebok angah buat laporan dengan polis, kami pun berbual2 dengan seorang polis. Rupa-rupanya barulah kami tau bahawa ini adalah kejadian kedua pecah cermin kereta swift (cara pecah ,lokasi dan barang yang diambil adalah sama). Mengikut cerita polis tu, pemilik swift yang awal2 tu (orang JB) berlaku dalam jam 8.30 mlm iaitu kereta parkir berhadapan blok kedai yang kami turut parkir disitu. Beg baju dicuri (dalam beg baju ada RM1000) dan karpet baru beli pun turut dikebasnya.

Dalam kes angah ni, beg sandang (ada baju, kelengkapan mandi dan ubat2 je ada) dicurinya. Beg telekong dibuka sahaja (pencuri tak perasan dibawah telekong ada dompet dan handphone) alhamdullilah pencuri tak nampak atau dah tergesa-gesa nak blah..selesai buat laporan polis kami pun beredar...yang pasti angah kena buat cermin pintu belakang....(esoknya angah buat dengan Kedai Dr. Cermin so kopaklah RM250. Nasib baik ada kalau tak kena oder plak lagilah nak raya ni mau pakai plastik je lah nampaknya cermin kt pintu belakang tu..hehe


moral of the story : perompak profesional kereta swift semakin berleluasa di Melaka, mungkin juga dinegeri-negeri lain. Beg ataupun barang2 berharga letaklah di bonet kereta untuk langkah selamat. Laptop/netbook tak payah lah bawak kalau nk jalan2 jauh (kecuali sedia nk menjinjingnya ke sana kemari) senang cerita beli jek Galaxy Tab or Ipad senang dibawa ke mana2 mcm kak berry letak dalam handbag jek. hehe promote nampak?.





:: pemilik kereta swift berhati2lah...


Monday, August 15, 2011

Comeback 'The Brothers'

Salam 15 Ramadan buat semua rakan2 alam mayaku :)
Wah, dah berapa hari kak berry tak buat ape2 entry...hehe:)
asyik baca entry org len jek....bukannya ape, maleh nk pikir mauu tulih ape...huhu. berbalik pada tajuk entry kali ini, comeback The Brother's. Korang kenal ker The Brother's ni? ermmm...ce fikir...ce fikir. Kalau sebut Yassin Salsabila sure korang kenal betul tak? sila angkat tanggan...xoxo. Yelah Yassin tu dulu one of members The Brother's gak but now dah bergerak solo dan sibuk jadi komposer juga. So nak dijadikan cerita terjadilah retreat The Brother's pada sabtu yang lalu (13 Ogos 2011) di Ayub Bistro MITC, Melaka selepas mereka mengadakan show di Mydin Melaka.

The Brother's masih aktif dalam melantunkan lagu-lagu dakwah dan nasyid cuma album jek tiada. So untuk tahun 2011 ni, mereka buat comeback dengan menerima banyak undangan nyanyian. So masa retreat pun, The Brother's dah bawa pelapis mahasiswa2 yang telah digroom oleh mereka. Teringat zaman kegemilangan The Brother's dengan lagu teman sejati, man ana dan satu perjuangan...Mesti tertanya pesal plak kak berry ada masa retreat The Brother's tu? jawapannya amat MUDAH...coz Bi dulu sama2 bekerja dengan The Brother's so mereka ni closed frendlah kiranya. Antara ramai2 Bro Yassin dan Bro Shah yang dah lama we all tak jumpa, ye lah mereka sebok dengan job masing2. Bro akhbar lepas kawen last year terus menyepi gitu...tak taulah tak berminat nak menyanyi kot. So malam tu yang turut hadir ialah Bro Faiz, Bro Salleh dan juga Ustaz Mahat.


Mereka turut bagitau kalau ada peluang untuk diundang ke Majlis2 Konvokesyen, Pesta Konvokesyen, Majlis di Sekolah2 mereka ini amat berbesar hati untuk bernyanyikan lagu-lagu The Brother's yang popular satu masa dulu..huhu (zaman belajar kak berry tu...) so kalau korang berminat nak panggil The Brother's just let me know sebab katanya harga kawan2 tarak mahal maaaaaa...so jom kita semarakkan kembali irama Nasyid di bumi Malaysia tumpah tanah airku...kelas gitu statement kak berry...T_T





:: From left Bro Faiz, Bro Salleh, Bro Max & Bro Mahat

Wednesday, August 10, 2011

Tiada lagi 'Lovey Dovey' Elia-MIA

Salam 10 Ramadan 1432H,
Perasaan kak berry tersentap semlm setelah membaca entry terbaru Aimie atau lebih dikenali ELIA. Rasa simpati, terharu dan bangga pun ada. Tahniah dik, walaupun dalam keseronokan umat Islam berpuasa dan membuat amal ibadat, dikejutkan pula kepada ELIA tentang berita putus tunang, ELIA begitu tabah dalam mengharungi kehidupan sebagai mahasiswi menghadapi peperiksaan dan sebagainya. Keteguhan akal dan budi telah disokong dengan begitu kuat oleh ahli keluarga dan rakan2 yang paling penting pegangan agama juga jitu dan kuat. Tak kiralah apa yang orang kata, ribut datang melanda kak berry harap ELIA teruskan pengajian. Betullah apa yang ELIA katakan, sudah tersurat dan ELIA perlu redha. Bertuah kerana dipilih Allah untuk menerima ujian sebenar ini dik, tidak semua orang mampu menghadapinya. Tersentuh bila kak berry baca statement dibawah ini yang dipetik dari blog ELIA.







Itulah namanya kita hanya merancang, ALLAH yang menentukan sebaik mungkin untuk umatnya. ALLAH telah menentukan yang terbaik buat ELIA pada masa akan datang. Mungkin juga dugaan ini melanda untuk menduga hati kalian berdua, jika kasih masih kuat, jodohnya memang ada, tidak mustahil KALIAN DITAKDIRKAN BERSAMA jua akhirnya. Begitu jugalah yang pernah terjadi dengan SEIN & NANA, berkahwin dan tetiba bercerai dan akhirnya JODOH mereka kuat dan dalam proses perceraian itu mendewasakan dan mematangkan mereka untuk munasabah diri ke arah kebaikan. Alhamdullilah kasih mereka kini bersatu kembali. Syukur dengan izinNYA.



Istimewa entry kali ini khas untuk ELIA, yang bukan pun kenalan rapat sekadar insan yang bergelar perempuan dan saudara sesama Islam membuatkan kak berry terpanggil untuk menukilkan sesuatu untuk dijadikan panduan dan juga rujukan terbaik untuk semua insan kerana ujian dan dugaan boleh menimpa diri kita semua bila-bila masa bergantung kepada keadaan tidak kira pada adik, kakak atau saudara terdekat kita. Pesan kak berry buat ELIA, teruskan kegemilangan dalam pelajaran, buat yang terbaik untuk masa depan keluarga. Seandainya MIA hadir kembali dalam diri ELIA untuk kali kedua, berilah dia peluang kedua dik kerana apa pun jua kesilapannya dan sememangnya ditakdirkan untuk BERSAMA.



Wassalam......

Tuesday, August 9, 2011

Salam Ramadan 1432H o_O

Salam Ramadan...
YA Allah YA Rabul Alamin...syukur kalimah yang terucap untuk kesekalian kalinya. Nape ek? korang nak tau? kejap lagi aku listkan yer....jeng3




  • Sempena bulan ramadan bulan penuh kerahmatan dan keberkatan.

  • Mcm tak pecaya tahun 2011 inilah pertama kali aku nak posting kt blog chomelku...jgn mare ah

  • Hehe...my weight semakin reduce! walla...baru 9 days berpuasa tu...ewahhh3. This pic last 2 weeks taw...skunk lagi mantop!hahaha...sesuke je ko perasan.





  • Banyak sangat nak story mory yelah nyah...lama kot kak berry x post ape2...hahaha, ko engat ko sape?lain ler blog si elia tu...setiap second org terjah nk taw pasal dia...kalau blog aku neh ade org baca ker....arghhhhhhhhhhh ade aku kesah. Ini blog aku punyer sukelah...hahaha (ketawa dgn nada amat JAHAT). Tp mesti korang tanye kot, manalah aku pegi lebih 8 bulan tak post pape? jawapan kak non ' biasalah ahkah ko ni banyak koje so takde masa nak updated blog der....tp sejak Bi bagi Galaxy Tab ni...wow! keterujaan aku update memuncak....hehe:) tengok je lah....kuang3 again


  • Dapat BONUS setengah bulan GAJI....haha:) syukurlah nyah daripada tahun lepas RM500 je saguhati...kalau org2 asyik sindir je staf gomen 'ala dapat sket je' aku akan dengan pantasnye menjawap...aku dapat, ko dapat?kuang3...

So untuk the first entry untuk tahun 2011 neh...cukup untuk kali ini. Next coleteh kak berry cuba updated kayh...banyak nk story nk posting, ye lah 8 bulan le katakan tunggu the next post USS & Jakarta-Bandung...Muah3