Dah 5 hari kak berry tidak updated vlog kesayangan ini. Al-maklumlah banyak kerjaan dipejabat yang perlu diselesaikan sebelum menjelangnya Oktober. Terkini, kak berry sibuk menyiapkan kerja-kerja disamping menghadapi Audit pematuhan MS ISO 9001:2008. Alhamdullilah, penutup mesyuarat audit berakhir dengan cemerlang.. tahniah kepada semua rakan2 yang sama2 menjadi pemilik proses bagi audit ini. Sehingga hari ini, kak berry sibuk menyiapkan tugasan kerja sebelum kak berry outstation mulai 1 Oktober sampailah 5 Oktober 2011. Lokasi?hehe:))) perak dan penang jew. September berlalu dengan penuh kegemilangan, kedatangan Oktober penuh cabaran. Pelbagai tugasan berat dah mula menanti Oktober ini, nak tak nak kenalah harungi jugak kannnn...
Semoga pembentangan bajet oleh PM pada 7 Oktober ini memberikan PERKHABARAN gembira buat kami penjawat awam neh...dengar2 cite ada skim baru iaitu skim gaji satu lapis dan kenaikan sehingga 40%. Kalau benarlah apa yang digembar gemburkan ini, alhamdullilah kemungkinan kenaikan RM300 sehingga RM700. Bajet PRU-13 katanya. Bagi kak berry tak kisah lah apa pun, tapi ianya wajar diselaraskan semula selepas tahun 2002. Agak lama tidak ada pelarasan. Yelah kos hidup makin meningkat, gaji penjawat awam masih statik ditakuk lama berbanding dengan swasta dan GLC. Bonus pun sekadar saguthati RM500 dan setengah bulan gaji je. Ala bisa tekal biasa. Dah terlalu biasa dapat macam tu jadi penjawat awam malas dah nak mengharap lebih2 takut terus mengharap je. Semoga apa yang dikhabarkan ini menjadi realiti baru mereka ini melepasi kadar kemiskinan. Jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan pendapatan per kapita rakyat malaysia dengan negara lain terutama negara jiran Singapura.
Apa2pun tunggulah 7 Oktober ini jam 3ptg, adakah sekadar impian ataupun menjadi realiti lebih 1.2 juta penjawat awam yang dah letih berharap dan mengharap.
Pesanan kak berry kepada semua sama2lah kita berdoa yer agar menjadi realiti. Ameen =..=
No comments:
Post a Comment