Salam semua kawan2,
Lama gak ye kak berry tak updated vlogku neh.
Ye lah, kak berry kan baru je balik dari outstation last week kannnn so paham2 jelah, sebelum pergi semua keje telahpun diselesaikan dengan bijaksana balik jew, keje2 lain dah menanti bertimbun2...aduyai, kak berry tak perlu kata apa2 cuma SENYUM jew la kannn.
Bermula pada sabtu kak berry dah bergerak ke Bukit Merah Laketown Resort sampailah ahad (2 Oktober 2011). Stay one night kat sana, kak berry meneruskan perjalanan ke Pulau Mutiara.
Alhamdullilah, selepas 4 tahun barulah kak berry datang kembali ke Pulau Mutiara ini. Last datang pun masa dengan family abg daud dan juga mud (masa tu dia study kt MRSM Transkrian lagi) lama tak?lama kannnn cik Mud:)))
Hati girang gumbira sampai je destinasi yang dituju iaitu Hotel Hydro Penang, Batu Feringhi. Wow, mabelos lah hotelnya cantek sgt2 dengan sinergi dan pemandangan yang superblah.. After check in, kak berry dan Bi merehat-rehatkan diri sebelum keluar ke Feringhi Walk untuk menjamu selera..lapar sangat2 hehe:)) menu petang itu ialah Nasi Goreng Udang dan kak berry makan kueh teow ladna jew..Dah kenyang, kami pun balik ke hotel kerana malam nanti nak ke Feringhi Night Market...wow macam best jew kann?tungguuuuuuu:))Tibalah malam yang ditunggu2 neh, so kak berry dan Bi pegilah ke night market. Agak panjang gak night market kt sini lebih 5km rasanya...best gak night market ni, mcm2 ada jual. Sesekali rasa mcm kt beijing dan bandung plak...sebab banyak barang2 dari sana yang dijual kt sini. Murah2 gaklah (tp kalau beli kt beijing dan bandung direct lagi murah taw!!!)maybe dah siap costing shipping kan..so first night neh, just window shopping jew lah kan...hahaha:) so tomorrow kak berry akan repeat night market ni....puhhh:))
2nd day kat Batu Feringhi ni, selepas abis kursus kepimpinan 360 darjah...(wah kelass ko tajuk tak menahan kannn) kak berry dan Bi meneruskan xtvt sukan yang baru semenjak dua menjak ni rajin berjoging...hihii:) so petang tu, kami pun joging kt Miami Beach Bay, Batu Feringhi. Perghh nama x nak blah (hihi, kata2 budak2 muda skunk ni kan) adoi rosak bahasa ibundaku..huhu:) itulah hakikat mmg tersurat nama pantai ini dengan nama miami beach....lepas jogging a.k.a jalan2 je tepi pantai...hehe:) lepas tu balik hotel, solat dan keluar untuk dinner dan repeat ke night market.. pesanan telah diterima oleh staf kak berry suh belikan minyak wangi...katanya kt sini murah2 (minyak ori tp biasalah seludup maa) puh..betul ke tak kak berry tak kisah janji tlg belikan je lah...so kak berry pun terjebak membeli minyak wangi. Ala kata orang for fun gitew!!!murah je kot so layannnnnnn...
3rd day kat sini, lepas kursus kali ni B ajak pegi gym plak....ape B g gym?oklah i follow jew...sampai kt gym, masing2 menggunakan alat2 yg ada kt gym tu. Maka berxtvt sukanlah kami berdua neh dgn gigihnya...hihik2. Kak berry nek basikal tu je pergh penat mengayuh...alhamdulillah, sekarang ni laju sket kayuhannya..(nk bgtau dah kurus lah tu). Lepas xtvt kt gym, B ajak ke Miami Beach lagi...cuci2 mata katanya dan ambil udara segar petang2 neh...kami pun bergerak dengan pantasnya ke Miami Beach...Al-kisahnya terjumpa lak kak berry dengan adik yang baik dengan kami semasa dia menjadi pelajar kt KYM dulu.. masyallah lama betul tak jumpa rasanya...kalau tak silap dalam 8 tahun rasanya..terjerit2 dia panggil kak berry dan berlari sambil kami berpelukan gembira. Itulah namanya jodoh kan?sbb kak berry dan B mmg bercadang nak call dan jumpa dia kalau freelah, dpt nombor telefon pun ex-BF dia yang bagi kt B yang kita org jumpa masa raya Aidilfitri baru ni..itulah dinamakan dengan Izin Allah, dilorongkan hati Ida ke pantai yang sama kak berry bersantai plak tu....Terima Kasih ALLAH:))
4day selepas abis kursus, we all dah bergerak ke padang kota lama. yelah pamos di Penang ni. Kak berry makan char kuay teow dan cendul pulut. Lepas tu, kami pun menuju ke jambatan pulau pinang untuk keluar pulau sebelum jam 6ptg. Kami menuju ke permatang pauh sebab nak jumpa sorang lagi yang baik dgn kami (dah mcm adik angkatlah kiranya). Kami terus ke Hotel UiTM Permatang Pauh, lepas check in dan merehatkan diri. Malam tu, mazly dan isterinya menjemput kami untuk jalan2 kt permatang pauh. Lepas makan malam yang ditaja oleh mazly neh...tq dik:)), kami pun pegi uptown berhampiran..bleh tahan gak lah uptownnya ni, cuba tak banyak yang berniaga sebab pelajar UiTM, Politeknik dan Kolej Komuniti ada yang bercuti...ye lah mereka tu jelah yang melariskan semua yang dijual disitukann....sempat gaklah kami singgah ke kedai mazly ni mcm2 ada jual handpone, top up dan juga sewa kereta....baguslah muda2 dah menceburi bidang perniagaan...so korang kt penang bleh contact depa ni utk sewa kereta yer...
5day di penang, akhir kami pun meneruskan perjalanan balik ke melaka. Kami singgah sekejap di S.Alam untuk berjumpa dengan adinda lelaki sorang ni yang asyik2 bosan jew status FB nyer...hehe:)))lepas pekena nan chesse, rojak dan nasi goreng, kami pun mnghantarnya pulang ke Kolej Jati..walaupun kejap je jumpa, alhamdullilah dapatlah juga melepaskan rindu (hahaha rindu kew)
6 day, we are on track....maknanye kojeeeeeeeeee:))hahaha...kesibukan majlis anugerah akademik dan majlis konvokesyen dah mula menghantui kak berry. Oh yeah?
posing jap kt nightmarket yang jual lampu2
Minyak wangi yang staf kak berry pesan:))
kak berry jejak kasih dengan Ida @miami beach
Wife mazly posing di kedainya:))
Banner for advertising:))
No comments:
Post a Comment