Monday, August 16, 2010

06:Syoknye Posa ^^

Salam semua blogger dan salam 6 ramadan!
Kejap sgt rasanya telah masuk ke 6 ramadan (Insyallah) mcm tak pecayakan?tulah syoknye ramadan, tak perlu dihitung namun kehadirannya mmg dirindui dan ditunggu, kemudian kepergiannya akan ditangisi seandainya inilah ramadan yang terakhir. Namun yang pasti SYAWAL pasti diraikan sebagai tanda kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang tempoh berpuasa. Syoknye posa ^^ ape pendapat korang?syoknye posa bagi aku plak:
  1. Selain daripada menjalani ibadah yang wajib, posa jugak dapat membantu untuk menguruskan badan atau diet. Betul tak?bagi aku semestinya posa ini membuatkan aku menambahkan keazaman untuk lebih slim...hihihi=)kuruslah tu!
  2. Selain itu juga dalam bulan posa je la mcm2 juadah dijual di bazar ramadan tp aku baru sekali jek pun menjenguk bazar ramadan. Kena pandai pilih, kerana bukan semua yang berniaga tu sebenarnya teror masak pun!muncul tiba2 sebab nk cari duit semata-mata so kenelah berhati2 ye korang...so far biasanya aku beli kat gerai yang mmg terbukti sodapnya, lagipun aku suka ayam percik semestinya gerai yang biasa menjual tu je lah yg aku singgah beli.
  3. Beli baju raya. Sebenarnya, aku yang bekerja ni semestinya beli baju selalu tp kemeriahan menyibuk2 nak pilih baju disamping tengOk gelagat orang membeli beli..isk2 mmg syok!
  4. Biskut raya beraneka rupa dan rasa. Biskut paberot aku semestinya almond london, tat nenas, snow almond, Mazola, dan mama carry. Sebenarnya ada lagi tp aku pun tak ingat nama biskut tu…hahaha=) selain tu, biasalah rempeyek, dodol, kueh ros, semperit. Yummy!
  5. Duit raya?bukannya aku yang dapat tp syok bagi adik2 , anak2 sedara dan sedara jauh dan dekat. Mmglah tak banyak tp keriangan kanak2 bila dapat duit raya tu rasa terhibur plak.!Ye lah anak yatim piatu cam aku neh…huhu=) sedeylah plak. Alhamdullilah berkat duit gaji kita bile kita bersedekah kepada yang memerlukan. Betul tak
  6. Menziarahi pusara kedua-dua ibubapa tercinta. Bab2 ni sedey sangat, ye lah rasa kehilangan sangat masa ni kan. Terasa org lain ada ibu bapa menjelang raya berkumpul semua adik-beradik. Al-Fatihah buat Allahyarham Buang Bin Puteh dan Allahyarhamah Sariyah Bin Md Dom, semoga Allah cucuri rahmat ke atas mereka...Amin
  7. Lagi?mcm banyak je nak coret kat sini tp stop dulu eh, kalau aku ingat aku tambah lagi.
So kalau korang ade citer menarik nk share kat aku pun boleh...add je kt komen gue kt bwh neh ek? silakan jgn malu2 dan sedey2...sob..sob..

No comments: