Monday, August 29, 2011

Juri Awam Contest Duit Raya di 1Kampus.com

Salam sesuci lebaran...yeahhhh esok raya!!!! (30 Ogos 2011)
Alhamdullilah, selesai ramadan kini syawal muncul. Begitu jugalah tugas kak berry sebagai juri awam untuk pertandingan Contest Duit Raya 1Kampus.com. Terima kasih kepada Kasih Alia yang mengundang kak berry sebagai juri awam. Tugas2 untuk membantu penganjur dalam memberikan LIKE kepada blogger2 yang menyertai pertandingan ini. Seramai 30 blogger yang menyertai contest duit raya 1kampus.com ini. Secara keseluruhannya, semua blogger memberikan entry yang menarik dan ditambah dengan blog yang cantik berinteraktif. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang2 yer. Kandungan entry yang berimiginatif kreatif, senang dibaca, tidak serabut dan banyak informasi merupakan extra effort blogger. Apa2pun kalah atau menang bukanlah ukuran betul tak?penyatuan 1kampus digelangang interaktif ini yang penting disamping menjadi wardah jaringan ukhuwah, ramai blogger baru dapat berkenalan antara satu sama lain. Begitu dengan kak berry, walaupun setahun jagung dalam dunia blog2 neh penghargaan untuk kak berry menjadi juri awam banyak membantu menambah input berguna dan interaktif dalam menulis blog pada masa akan datang, cuma antara ada masa dan tidak sahaja untuk memastikan blog nampak segar dan berinovasi.

:: sebahagian emel daripada kasih alia yang mengundang sebagai juri::

Keputusan pemenang pun dah diumumkan, barulah kak berry buat entry pasal neh....tahniah kepada semua pemenang dan selamat hari raya Aidilfitri 1432H.

No comments: