Wednesday, August 10, 2011

Tiada lagi 'Lovey Dovey' Elia-MIA

Salam 10 Ramadan 1432H,
Perasaan kak berry tersentap semlm setelah membaca entry terbaru Aimie atau lebih dikenali ELIA. Rasa simpati, terharu dan bangga pun ada. Tahniah dik, walaupun dalam keseronokan umat Islam berpuasa dan membuat amal ibadat, dikejutkan pula kepada ELIA tentang berita putus tunang, ELIA begitu tabah dalam mengharungi kehidupan sebagai mahasiswi menghadapi peperiksaan dan sebagainya. Keteguhan akal dan budi telah disokong dengan begitu kuat oleh ahli keluarga dan rakan2 yang paling penting pegangan agama juga jitu dan kuat. Tak kiralah apa yang orang kata, ribut datang melanda kak berry harap ELIA teruskan pengajian. Betullah apa yang ELIA katakan, sudah tersurat dan ELIA perlu redha. Bertuah kerana dipilih Allah untuk menerima ujian sebenar ini dik, tidak semua orang mampu menghadapinya. Tersentuh bila kak berry baca statement dibawah ini yang dipetik dari blog ELIA.







Itulah namanya kita hanya merancang, ALLAH yang menentukan sebaik mungkin untuk umatnya. ALLAH telah menentukan yang terbaik buat ELIA pada masa akan datang. Mungkin juga dugaan ini melanda untuk menduga hati kalian berdua, jika kasih masih kuat, jodohnya memang ada, tidak mustahil KALIAN DITAKDIRKAN BERSAMA jua akhirnya. Begitu jugalah yang pernah terjadi dengan SEIN & NANA, berkahwin dan tetiba bercerai dan akhirnya JODOH mereka kuat dan dalam proses perceraian itu mendewasakan dan mematangkan mereka untuk munasabah diri ke arah kebaikan. Alhamdullilah kasih mereka kini bersatu kembali. Syukur dengan izinNYA.



Istimewa entry kali ini khas untuk ELIA, yang bukan pun kenalan rapat sekadar insan yang bergelar perempuan dan saudara sesama Islam membuatkan kak berry terpanggil untuk menukilkan sesuatu untuk dijadikan panduan dan juga rujukan terbaik untuk semua insan kerana ujian dan dugaan boleh menimpa diri kita semua bila-bila masa bergantung kepada keadaan tidak kira pada adik, kakak atau saudara terdekat kita. Pesan kak berry buat ELIA, teruskan kegemilangan dalam pelajaran, buat yang terbaik untuk masa depan keluarga. Seandainya MIA hadir kembali dalam diri ELIA untuk kali kedua, berilah dia peluang kedua dik kerana apa pun jua kesilapannya dan sememangnya ditakdirkan untuk BERSAMA.



Wassalam......

2 comments:

Elia Si Jejariruncing said...

salam..thanks kak atas bingkisan ni. Elia hargai sgt2 ;)

p/s: inbox me ye kak (https://www.facebook.com/aimie.harmelia)

aien said...

Tengs elia kerana sudi membaca bingkisan akak ini. Percayalah dugaan yg melanda ada HIKMAH disebaliknya. Ok dik nanti akak inbox yer.