Monday, August 15, 2011

Comeback 'The Brothers'

Salam 15 Ramadan buat semua rakan2 alam mayaku :)
Wah, dah berapa hari kak berry tak buat ape2 entry...hehe:)
asyik baca entry org len jek....bukannya ape, maleh nk pikir mauu tulih ape...huhu. berbalik pada tajuk entry kali ini, comeback The Brother's. Korang kenal ker The Brother's ni? ermmm...ce fikir...ce fikir. Kalau sebut Yassin Salsabila sure korang kenal betul tak? sila angkat tanggan...xoxo. Yelah Yassin tu dulu one of members The Brother's gak but now dah bergerak solo dan sibuk jadi komposer juga. So nak dijadikan cerita terjadilah retreat The Brother's pada sabtu yang lalu (13 Ogos 2011) di Ayub Bistro MITC, Melaka selepas mereka mengadakan show di Mydin Melaka.

The Brother's masih aktif dalam melantunkan lagu-lagu dakwah dan nasyid cuma album jek tiada. So untuk tahun 2011 ni, mereka buat comeback dengan menerima banyak undangan nyanyian. So masa retreat pun, The Brother's dah bawa pelapis mahasiswa2 yang telah digroom oleh mereka. Teringat zaman kegemilangan The Brother's dengan lagu teman sejati, man ana dan satu perjuangan...Mesti tertanya pesal plak kak berry ada masa retreat The Brother's tu? jawapannya amat MUDAH...coz Bi dulu sama2 bekerja dengan The Brother's so mereka ni closed frendlah kiranya. Antara ramai2 Bro Yassin dan Bro Shah yang dah lama we all tak jumpa, ye lah mereka sebok dengan job masing2. Bro akhbar lepas kawen last year terus menyepi gitu...tak taulah tak berminat nak menyanyi kot. So malam tu yang turut hadir ialah Bro Faiz, Bro Salleh dan juga Ustaz Mahat.


Mereka turut bagitau kalau ada peluang untuk diundang ke Majlis2 Konvokesyen, Pesta Konvokesyen, Majlis di Sekolah2 mereka ini amat berbesar hati untuk bernyanyikan lagu-lagu The Brother's yang popular satu masa dulu..huhu (zaman belajar kak berry tu...) so kalau korang berminat nak panggil The Brother's just let me know sebab katanya harga kawan2 tarak mahal maaaaaa...so jom kita semarakkan kembali irama Nasyid di bumi Malaysia tumpah tanah airku...kelas gitu statement kak berry...T_T





:: From left Bro Faiz, Bro Salleh, Bro Max & Bro Mahat

No comments: