Bersyukur kehadrat ILLAHI dengan limpah dan IzinNYA dapatlah kita semua berpuasa hari ke-22 Ramadan tahun ini. Alhamdullilah. Bulan Ramadan hampir kepenghujungnya, wahai rakan2 semua marilah kita bersama-sama mencari pahala pada 10 malam terakhir kerana 10 malam terakhir ini " Di malam itu (lailatul Qadr) malaikat dan roh turun dengan Izin Tuhan mereka..."(Al-Quran)
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr?. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan Roh turun pada malam itu dengan Izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut, sehingga naik Fajar " (Al-Quran).
Di antara ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamullail, puasa fardu, berbuka, solat terawih, tilawah Al-Quran, berdoa, berzikir, istighfar, muhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga, dakwah dan sebagainya.
sumber ehsan : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1174
No comments:
Post a Comment