Terasa sayu apabila dikhabarkan semalam bahawa jurukamera BERNAMA TV meninggal dunia kerana tembakan curi semasa operasi bantuan kemanusiaan di Mogadishu Somalia. Terkejut & simpati kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul Bin Mohd Noor, 41 tahun. Jika tahun lepas Malaysia dikejutkan dengan berita kematian ngeri ke atas Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati dan tahun ini pulak pengamal media di Malaysia pula meninggal dunia kerana tembakan curi...sangat kejam apa yang berlaku...walaupun, kite semua percaya pada qada dan qadar namun apa yang berlaku benar2 menyentuh perasaan. Cubalah kita letakkan diri ditempat isteri arwah, bertapa pilunya hati tiada disisi arwah menyahut panggilan Illahi. Doa kak berry mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Semalam sempat jugak kak berry ber chatting dengan wartawan TV 3 Kamaruddin A.Kadir mengenai apa yang berlaku. Setuju dengan pandangan beliau, bahawa semua petugas2 media PERLU diberikan latihan ketenteraan yang secukupnya untuk menyiapkan semua petugas menghadapi sebarang kemungkinan ketika bertugas di zon perang. Selanjutnya, bos2 pengurusan pengamal media perlu MEMIKIRKANNYA lebih serius perkara ini.
No comments:
Post a Comment