Thursday, September 22, 2011

Pendaftar IPTA berkampung di UTeM ~14 /09/ 2011~

Salam semua,

I'm sorry....hehe:)) kak berry nak story gak pasal ini walaupun dah agak terkebelakang tarikhnya..mesti korang tertanya2 story apanye kak berry oiiiiii sampai buat entry ni....ala dik non janganlah mcm tu yer. Tak de lah hot lagi mengHOTkan pun just nak share Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftar IPTA Bil.4/2011 di UTeM....hahaha:) tu je? ye lah, kak berry mesti updated apa sahaja yang melibatkan kak berry dalam apa juga XTVT Universiti. Al-kisah, kak berry di tugaskan untuk menjadi pegawai pengiring kepada Pendaftar UM. Ramailah rakan2 kak berry terlibat sama ye lah nak cover semua Pendaftar2 IPTA.

Bermula pada 13 September lagi mereka semua ini telahpun berkampung di beberapa hotel di Melaka, dan pada malamnya tak sah kalau ke Melaka tidak di jamu dengan IKAN BAKAR. Semua delegasi dibawa ke Medan Ikan Bakar PARAMESWARA umbai Melaka. Disebabkan, Pendaftar UM tidak hadir pada majlis makan malam ini, so kak berry tak terlibatlah untk majlis makan malam ini.

Bermula jam 8.00pagi, bertempat di Dataran Canselori UTeM semua pegawai2 pengiring dah sedia menanti Pendaftar2 IPTA. Setelah semua Pendaftar sampai, semua Pendaftar dan pegawai2 pengiring mengambil tempat untuk diambil gambar oleh Jurufoto Universiti. Selesai membawa mereka bermesyuarat dalam lingkungan 2 jam. Tepat jam 12.30 tengahari, mesyuarat ini tamat. Selesai menjamu selera, kami semua mengiringi Pendaftar ke dataran canselori semula untuk mereka pulang ke negeri masing-masing dari Perlis sampailah ke Sabah. Sebagai cenderahati, UTeM memberikan ole2 melaka iaitu belacan, inang2 (sejenis keropok yang perlu digoreng sebelum dimakan dan juga kueh baulu) disamping itu juga gambar semua Pendaftar berserta frame turut menjadi hadiah. Tersenyum semuanya apabila mendapat ole2 ini, bak kata seorang Pendaftar ni kepada rakan2 " baik sungguhlah UTeM ni, dijamu ikan bakar, pegawai pengiring yang ramah -tamah dan dapat lagi ole2 dan gambar", kak berry yang mendengar hanya senyum dan berkata " sampai jumpa lagi, jangan serik datang melaka". Semoga kata2 akhir itu menjadi ingatan mereka untuk mengingati UTeM...kerana UTeM di hatiku:))). Sedikit bingkisan gambar untuk tatapan...silalah jamu jgn segan.


Semua Pendaftar IPTA






Antara pegawai pengiring yang sempat inter frame:))





semasa mesyuarat berlangsung dipengerusikan oleh Pendaftar UiTM..

No comments: