Lama dah rasanya kak berry tidak berceloteh kt belogku yang amat ku sayangi..mau x sayang!hehe:) Kemeriahan terasa di dalam kita meraikan syawal...(rayakan sebulan, betul tak?) turut kita meraikan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Alhamdullilah, esok dah Hari Malaysia...turut diraikan berganda dengan perarakan Hari Kemerdekaan...selain semua dapat bercuti pada esok 16 September 2011, haruslah kita renung2kan sejarah negara kita, tumpah darahku MALAYSIA. Perjuang2 kemerdekaan harus dikenang segala jasanya dan sedekahkanlah Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan barkah.
Macam2 polimek timbul tentang sejarah kemerdekaan di Malaysia sejak2 muktahir ini. Sukar dipercaya bermacam cerita dan hujah timbul mengatakan itu dan ini. Ramai pulak tetiba yang dahulu lena diulit intan, tetiba menjadi jaguhan menafikan dan mengatakan itu dan ini sedangkan apa yang termaktub di dalam kitab pengajian sejak dibangku sekolah memang tidak boleh disangkal lagi. Apa sudah jadi?kerana politik atau kepentingan peribadi. Fikir-fikir dan renung2kanlah. Kak berry hanya mampu tersenyum apabila mereka bertelagah sesama mereka di kaca TV dan dimedia massa, kerana bukannya apa takut sekadar retorik semata-mata (kak berry ni pemegang Ijazah minor dalam Sejarah di UKM so faham2lah ye). Sekadar pandangan, cintailah sejarah tanah air kita barulah kita tahu asal usul dan budaya kita.
Hari Merdeka
Hari Malaysia
No comments:
Post a Comment