Assalamualaikum semua,
Sepi rasanya kak berry seketika, bukan ke mana tetapi sibuk dengan tuntutan kerja dan keluarga. Itulah namanya kehidupan, susah ataupun senang perlu diharungi dengan penuh kesabaran. Insyallah. Syawal bakal dirindui, kehadirannya tahun hadapan akan dinanti didahului dengan Ramadhan penuh ibadah. Sungguh terasa masa pantas meninggalkan kita, sedar ataupun tidak waktu tak akan kembali menganjak ke belakang tetapi menganjak ke hadapan. Alhamdullilah di panjatkan syukur padamu Illahi dengan Izinmu dapatlah hambamu yang kerdil ini menunaikan puasa sunat 6 Syawal pada tahun ini. Kesihatan yang baik melangsungkan keazamanku untuk berpuasa sunat 6 Syawal. Kemanisannya amat terasa, berbeza dengan puasa sunat yang biasa. Mengharungi pelbagai dugaan ketika rakan2 lain sibuk berhari raya, rumah terbuka di sana sini, pelbagai juadah jadi hidangan, puasa sunat tetap ku laksanakan. Alhamdullilah. Insyallah, ketemu lagi Syawal yang dirindui ini di tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment