Thursday, September 1, 2011

Igauan Aidilfitri

Salam Aidilfitri hari ke-3 (kejap je rasanya kan)
Tersenyum sendiri kak berry bila menerima sms mantan bos dengan sms ucapan Aidilfitri berbunyi :- ' Indah langit kerana awan, Indah laut kerana kebiruan, Ingat Ramadan kerana keinsafan & Ingat Aidilfitri kerana kemaafan'. Begitunya indah karangan bait2 kata yang sememangnya tepat dengan diksinya.
Dalam keseronokan meraikan kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang di Universiti Ramadan, sewajarnya kejayaan mengengam Ijazah Aidilfitri perlu diraikan oleh semua umat Muhammad S.A.W. Namun kekadang kita alfa dan leka dalam memberikan pertimbangan dan kewajaran. Perasaan tersentuh & terkilan menyelubungi Aidilfitri kak berry hari ini. Sukar nak digambarkan dengan kata2, terkunci mulut berbicara, tak terjangkal dek akal budiman, tak terhitung segala permasalahan. Bermadah pujangga menzahirkan kekecewaan. Bukan kehidupan kak berry maksudkan disini tetapi ada insan yang berhati walang disaat orang lain ceria bukan kepalang. Menangis tiada berair mata, melaung tiada bersuara kerana dek angkara salah sengketa, suami bertindak melulu tanpa dibicara. Keputusan muktamad tiada hariraya buat mereka berdua bersama anakanda dan anak yang bakal dilahirkan juga.
Kenapa sebegitu rupa, Aidilfitri mulia tiada kemaafan dipinta. Kesian mereka berdua, Aidilfitri kali ini hanyalah igauan mimpi disiang hari. Tiada juadah ketupat rendang, tiada istilah kueh raya malah jauh sekali anaknya pula mendapat duit raya.
Salahkah si isteri yang tidak tahu kenapa diperlaku sebegini, egonya suami tidak pernah berhenti. Putus hubungan sebarang talian, tiada panggilan di Aidilfitri. Ditinggalkan sepi si isteri menyuap nasi tanpa juadah Aildilfitri, demi menyambung kehidupan sehari-hari. Kenapa?begitu tergamak sang suami...tak terjangkal dek akal kak berry! masih ada mentaliti begini. Keluarga dikampung dibuat sepi tanpa berpenghuni, dianggap semuanya dah tidak bererti sedangkan sang keluarga menanti penuh ikhlas hati.
Merayu sang isteri memujuk sang suami untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarga yang menanti. Tidak dihirau sang suami, tetap keras dan membatu hati. Keputusan muktamad, Aidilfitri tiada erti.
Duhai hati sang suami, kasihanilah sang isteri. Hapuskanlah yang rajuk, kerana merosakan hati dan budi. Berdoalah sang isteri agar suaminya kembali menjadi realiti, tiada lagi seperti begini. Doaku sentiasa mengiringimu sang isteri, seorang teman rapat kak berry...kisahnya menjadikan kak berry resah hati. Insyallah didoakan ada sinar dikemudian hari agar Igauan Aidilfitri kembali bersemi menjadi kenangan bererti kelak nanti.

2 comments:

mahmudah said...

aduhaiii. i really hope the husband will change. -.-" sedih je ayat you dalam neh.

Eyra Rizal Touch said...

SIAPA YANG NAK BELAJAR EYESHADOW TEKNIK & CARA BLEND??
JOM JOIN EYESHADOW CLASS BY E.R!! HANYA RM55 SAHAJA!!
ADA DEMO & PRACTICAL!

BILA: KHAMIS (8/9/11)
TIME: SESSION 1 (1PM-3PM)
SESSION 2 (8PM-10PM)
TEMPAT: E.R BEAUTY STUDIO, SEK 7, SHAH ALAM


SMS KE 016-2128740/PM UTK DAFTAR.
CLICK LINK UTK INFO: http://www.eyrarizal.com/eyeshadow-class.php