Monday, September 5, 2011

Selamat Datang Pelajar Baru!

Salam 7 Syawal rakan-rakan.
Bersyukur ke hadrat Illahi dengan IzinNya dapatlah kita semua meneruskan kehidupan seharian seperti biasa. Thank you ALLAH memanjangkan usiaku dan semua insan2 yang amat aku sayangi. Berbalik kepada entry kali ini, kak berry ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada 4 Sept 2011. Tahniah kepada 2216 orang pelajar yang selamat mendaftar. Dari Sabah sehinggalah ke Perlis, UTeM dipenuhi dengan pelajar dan ibubapa. Dalam kegembiraan, ada juga yang berduka kerana tidak berjaya mendapat tempat ke mana2 IPTA. Tempat yang disediakan memang terhad. Saingan semakin sengit setiap tahun, oleh itu adik2 semua perlulah menyediakan diri untuk mendapatkan keputusan yang baik semasa STPM, Matrikulasi, Asasi dan juga lepasan Diploma.
Tahniah diucapkan kepada anak buah kesayangan kak berry FARIZAPRINCESS kerana berjaya melanjutkan pengajian di UTeM. Tidak dilupakan adik kesayangan kak berry juga MUHAMMAD TAUFIQ a.k.a Bolai yang akan mendaftar esok 6 September 2011 di UiTM Shah Alam. Tahniah juga kerana mendapat biasiswa JPA. Alhamdullilah.
Perubahan Kalendar Akademik IPTA mulai tahun 2011 ini sebenarnya ada juga baiknya. Disamping untuk mengarus perdanakan pelajar2 lepasan Diploma untuk menyambung pengajian selepas tamat pada JUN, pendaftaran pada bulan SEPT ini juga dapat memberikan kelebihan kepada semua pelajar untuk merehat2kan diri/bekerja sementara dalam lingkungan 4-6 bulan sebelum menyambung pengajian dan juga dapatlah berpuasa SEBULAN dirumah. Apa2 pun, setiap perubahan yang berlaku dalam Kalendar Akademik ini memberikan pelbagai implikasi kepada semua terutama bagi yang menguruskan urusan akademik pelajar. Baik atau buruk, kami kena harungi juga:(





Pelajar2 mula sampai sejak jam 7pg lagi.



:: Kaunter HEPA::



Kaunter Akademik

:: mohd asri, kak berry, wan, kak mas::



No comments: